My second baby week progress.

pregnancy due date

Thursday, June 24, 2010

Yapiee demam campak


suke sangat dia dapat maen buai. :))


Hemm. Padahal aku dapat tau ada bijik bijik tumbuh kat bontot cumel dia tuh mase lam 16 JUN lagi. Nape la aku tak alert sangat. Mat Yapiy berjangkit demam campak ngan budik dia (adik aku yang bongsu aka budik sebab budak budak nei pelat nak panggil dia makdik so jadila budik).

 Budik stat kena demam campak masa stat cuti sekolah. Lepas seminggu cuti baru dia ok. (cuti sekolah 2 minggu kan) Masa budik dia 'menderita' kegatalan, Mat Yapiy ni memang suka pegi tampar tampar dan debik budik dia. Memang patut la bejangkit kan. Sebab dia pon budak lagi so memang padan la muka dia. Sape suh buli budik kan. Skrg dia yang kena. Actually hari ni Mat Yapiy dah tak demam dan gatal gatal dah. 

Badan dia start panas masa hari jumaat 18 Jun. Masa tu mama dan papa kalut habes carik klinik sebab risaukan suhu badan Mat Yapiy yang tinggi ni. Tapi al-kisahnye klinik swasta dan kerajaan kat Kelantan ni seme tutup ari jumaat. Yang bukak pon kedai topup je. Ape kejadahnye aku nak sebut kedai topup kat sini kan. Hahah. Hemm aku dan my husband pon dah buntu tak tau ape nak buat then tiba tiba terlintas dalam kepale nak carik ubat secare tradisional. 

Mak mentua aku memang seorang pengamal rawatan tradisional ni. Aku teringat pesan dia suruh g amek 'air tawar' kat seseorang yang berpengalaman aka bomoh kampung masa adek aku kena demam campak last week. So bila my husband tanye ape nak buat skrg sebab klinik seme tutup. Mat Yapiy plk kepanasan dah tubuh dia, aku pon terus cadangkan pegi amek ubat dan air tawar.

Sampai kat umah bomoh kampung tu, dia bagi kami air tawar aka air doa untuk Mat Yapiy minum dan jugak pekakas2 untuk bedak sejuk nak tempek2 kat bijik campak Yapiy. Malam tu Yapiy tido sambil kami bergilir2 lap kepale Yapiy dengan air. Sian dia. 

Then esoknye terus bawak g klinik amek ubat. Baru lega sebab ubat demam dapat menurunkan suhu Mat Yapiy yang pada masa tu tinggi sampai 40 darjah celcius. Wah!! Masa kat klinik doktor terus masukkan ubat melalui  bontot comei Yapiy. Balek umah baru sambung bagi ubat demam itu pon after 5jam. 

Agak teruk jugak demam Yapiy sebab suhu badan dia tak turun sepenuhnya. Malam tu dia menggigil2. Mama dan papa yapiy dah risau sangat sampai kami dua orang bekejasama memeluk erat Yapiy yang ada kat tengah antara kami. 

Tapi kan puan2 dan tuan2, yang aku herannya, Mat Yapiy ni aktif di siang hari. Siap maen bola lagi. Hahaha. Macam tak demam je. Tapi yang membezakan antara Yapiy demam dan normal, dia xnak isap susu sepanjang dia demam. Loya agaknya kan. Dia akan isap time dia dah lena tido. Dalam tak sedar susu habes sebotol. Kalo time tak tido takdenye nak isap. :)

Lega dah sejak semalam badan Mat Yapiy dah tak panas lagi. Even ada jugak dia merengek nak tido ngan papa dan nak papa gosok tanpa henti belakang badan dia. Takpela kan, asalkan dia tenang. Kita pon hati senang. Kesian jugak tengok masa dia demam panas dan gatal2, dia datang kat aku dan gesel2kan belakang badan dia dan kepala dia tak pun dia g gesel kat kerusi ke, meja ke. Naseb ade ubat sapu yang doktor bagi tuh, ubat tu macam bedak sejuk. Tahan la cket gatal dia dan dia tido pon lena. Kesian anak mama. Syukur Alhamdulillah Yapiy dah beransur sehat. Bijik campak dia pon dah kering. :)

p/s : Setelah seminggu, hari ni baru Mat Yapiy kua jalan2 naek moto ngan papa dia. Suke sangat tengok dia. Dah lame tak kua umah kan. Kena kuarantin. Hehe.

Sunday, June 20, 2010

Hari Bapa Tanpa ABAH.


 ni mase konvo abang aku kat PICC. rindu abah.

Pagi ni (tak pagi sangat la dalam kul 11) aku on facebook, ramai kawan kawan buat status "Fathers Day" kat page diorang. Aku?? Masih blur dan terkial-kial. Memikirkan patut ke aku buat status itu jugak?? Lama jugak aku pikir ape yang aku nak post kan. Terdetik dalam fikiranku secare tiba-tiba, 
Al-Fatihah buat abah di Hari Bapa. Sentiasa sayang abah. Dirimu tetap segar di ingatanku. 
Sesudah aku menge'share' status tu, aku pon offline. Belum bersedia menerima dan membaca komen (jika ada) sebab perasaan aku dah sebak. :((

Petang tadi, aku ke kubur abah. Masuk je ke simpang jalan ke kubur, aku mematikan radio di dalam kereta. Sayup terasa apabila kereta yang dipandu suamiku sudah hampir sampai di tanah perkuburan tu. Aku blur. Termenung sementara suamiku memperlahankan kenderaan. Aku merasakan yang abah sedang menunggu aku dengan tersenyum.

 Mungkin sesiapa boleh kata ini mainan perasaan saje, tapi bagi aku yang sedang melaluinya, terasa amat indah sekali. Kerana perasaan yang aku rasakan sewaktu itu sama seperti perasaan bila abah tersenyum pada aku semasa hayatnya masih ada. Terlintas di ingatanku saat aku bergurau senda dengan abah. Hemm. 

Blurr lagi. Suamiku lantas menyuruhku keluar dari kereta. Aku yang seperti terjaga dari tidur, bingkas bangun lalu keluar dari kereta dan meluru ke arah pusara abah dan duduk di tepi belindan menghadap pusara abah. Aku blurr lagi. Sesudah aku membaca & mensedekahkan doa-doa kepada abah, aku blurr dan blurr lagi. Betul ke abah dah takde. Aku gosok-gosok nama abah yang dah tercatit di belindan itu. Memang betul abah. Tarikh lahir dan tarikh wafat juga tercatit. 

Sedang asyik aku melayan perasaan, bahuku dicuit. Suamiku mengajakku pulang. Abah, kakcik rindu abah. Memang kakcik banyak berdosa pada abah. Tapi aku bersyukur sebab aku sempat meminta maaf dengan abah sehari sebelum pemergiannya. Dan aku tau abah telah memaafkan anak-anaknya dengan penuh iklas. Sepertimana kata-kata abah selama hayatnya

"abah sentiasa maafkan anak-anak abah,"


p/s : Tak pernah aku bayangkan begini perit dan seksa kehilanganmu, Abah.

Thursday, June 10, 2010

Mat Yapiy - Part 2

Mat Yapiy dah semakin pandai la sekarang. Hadoii. Dah pandai nak atur orang dah. Suka sangat tengok pekembangan dia hari demi hari. Sekarang ni kan musim panas, so kalo dia dah penat maen dengan badan yang bepeluh-peluh dia akan jadi tak selesa. 

Mula-mula dia merengek dulu, aku saje je malas nak layan dia, dah tau dah yang dia nak ajak mandi tapi saje wat-wat tak tau. Hehe. Yapiy pon akan datang kat aku then tarik tangan. Dia akan tarik tangan aku sambil bising bising. Tarik jugak sampai aku bangun. Heret aku sampai ke bilik air. Kalo aku nak patah balik nak amek towel pon dia mengamuk. Bukan ape dia takot aku melarikan diri. Sebab aku ni selalu jugak menyakat dia. Time dia ajak mandi aku g menyorok. Hehehehe.

ni masa kat umah shah alam.

Mat Yapiy ni kan kalo korang nak tau, dia kamceng sangat dengan papa dia. Kadang-kadang mama dia ni tengok pon naek jeles. Ye r, kalo kawan kawan mama nak dukung dia pon taknak, jual mahal. Siap tepis tepis orang lagi. Eee geram betol. Dah tu mesti tak reti duduk diam. Tapi kalo dengan papa dia, siap boleh bawak lepak lagi. 

Malam-malam kalo papa dia nak kua minum air dengan kawan-kawan, meraung nak ikot. Las-las papa dia bawak la jugak. Balikla dia dalam pukul 2-3 pagi. Rilek je. Macam papa dia balik lepak la macamana kan. Tanya la jugak kat papa dia, yapiy good tak papa? Papa jawab
 "good je dia duk diam atas kerusi (bukan baby chair), makan layer cake sambil tengok tv." 

Adehhh. Anak aku ni!! Not fair tau!! Selalu kalo Mat Yapiy good dan dengar kate, mama dan papa akan cakap "gooddddd sangattttt!!" kat dia. Dia pon tepuk tangan sambil cakap "pandai.." ikot sleng dia r. .

dia memang geng papa.

Kalo papa suruh ape pon dia ikot je. Papa suruh diam pon diam. Tunduk je kepale. Bila papa dia dah senyum baru dia nak sengeh-sengeh. Kalo mama jangan harap. Wat dek je mama kate ape. Tapi nak tido memang taknak dengan papa. Kena mama jugak. Time nei la nak buli dia balek. Hahah. 


Tengokla gambar atas ni. Masa ni kat klinik Perdana. Dia demam panas dan badan dia naek ruam. Sebab cuaca panas sangat kan masa bulan 4 aritu. Takde hujan lansung. Tapi tak beragak jugakla budak demam nei. Siap berlari-lari dengan bahagianye dalam klinik tu. Sampai masok bilik doktor pon doktor pelik tengok budak nei demam, suhu dia tinggi tapi aktif lagi. Penangan anak lelaki. Kuat betol. Tak sia-sia la aku bagi dia nama Muayyad yang bermaksud kuat dan menang. Sayang Mat Yapiy.

p/s : dia anak kami. <3

Tuesday, June 1, 2010

Beautiful Blogger Award




Dalam kol 1:30 pm, sesudah menidurkan Mat Yapiy, aku pon meng'on9'kan diri. Bukak je entri Surprise!! aku tuh, ade la komen from my sweet slim cousin suh amek award apetah kat page dia. Aku yang baru semenjak dua menjak tiga menjak je berkecimpung dalam dunia blog ni terpinga pinga la kan bila disuruh amek award. Rasa macam dapat cabutan bertuah pon ade. Huahuahua. Maybe award ni ditujukan untuk blogger2 yang cantek. So even aku baru bekecimpung pon aku dpt r. Perasan giler. Sudah menjadi kebiasaanku memasukkan diri ke dalam bakul dan mengangkatnye sendiri. Hahaha. 

1. Thank and link the person that gave you award: 

Tenkiu kat my sweet slim shady cousin Cik Etty. Kalo ada award bagi la lagi k. Hehe. I love u cousin!!

2. Pass the award onto 5 blogger you're recently discovered think are fantastic:


3. Contact said blog and let them know that they'ven won award:

Ok. I'll. :)

4. State 5 things about yourself:

  • happy go lucky.
  • satu kepale dengan my huBby. 
  • seorang yang mudah dapat kawan sebab aku peramah.
  • bila aku benci orang, aku xleh kawal diri dari tunjuk yang aku benci orang tu.
  • kadang2 aku cepat naek angin tapi jgn risau sebab aku cepat sejuk.

5. Speech by winner:

Hehe. Speech bagai la pulak. Firstly, terima kasih buat mak di kampung, kepada peminat peminat yang banyak vote saya terima kaseh. Saya sangat terharu dengan award ni. Ni semua untuk anda!!! (sambil menjulang award.) Hahhaha.

p/s : berangan macam la Bintang Paling Popular.













Nak saya terjah?