My second baby week progress.

pregnancy due date

Thursday, July 22, 2010

Photoshoot

Dah lama gak photoshoot ni. Dua minggu lepas. Kat Tesco KB ada wat photoshoot untuk pertandingan baby comei. Saja saja je la aku join. Syarat nak join kena shopping RM50 dan keatas rasanya. Kena bagi resit. Resit kat tangan aku pulak masa tuh melebihi dari syarat tu. Join jela. 

Ye r Mat Yapiy takde lagi gambar photoshoot. Umur pn dah setahun lebih. Nak la jugak gambar yang di ambik oleh photographer kan. Nk harapkan g amek kat studio bila lah kan. 

cakk!! papa....
gigi dah banyakk.
ummahhh!! 
bagi ball baru nak sengeh. hehe.
Yapiy ni senang je nak snap gambar. Naseb dia suka sengeh je. Panggil nama cket n suh dia tunjuk gg, aa dia sengeh la. Pastu suh dia cakap cakkk!!! Heheh. Mama n papa dah macam pasukan sorak dah belakang camera. 

Selalu kat umah pn kalau nak snap gmbar dia ngan kamera fon, letak je depan muka dia, dia sengeh la. Siap senget kepala lagi. Hehe.


p/s : fotogedik.

Mama Menangis Lagi


Woii !! sape yang buat mama menangis tu?? Kuaja la kann !!

Ahahahahha. aku la. :P

Petang tadi aku sembang2 la ngan mama.
Mengimbau balek kenangan bersama arwah abah. 
Sampai la ke saat2 pemergian abah. 
Mama sempat ajar abah mengucap sebanyak 9 kali.
Then aku yang budus ni kate kat mama,

" Ma, agaknya ape la yang abah pk masa dengar suara mama.. 
mesti abah kata sampai saat2 akhir pn mama ada di sisi dia.. "

Tiba2 mama tutup muka dia ngan bantal. Aisehh. Aku dah agak mama nanges. Terus lari g mandi. Hemm. Perbualan terhenti di situ.

Kesian mama. Masa abah sakit, mama jaga sorang2. Anak2 kerja dan sttudy. Balik 2mggu skali. (Tu pn penah aku balik seminggu skali) Tapi fon mama memang tak lekang dari panggilan telefon dari ANAK-ANAK. Makcik b, kakak ipar mama (isteri arwah abang mama) pn tiap2 ari call tanya kaba dan bagi semangat pada mama. 

Aku sayang cikbi. Cikbi sangat positif. Cikbi sangat memahami sebab dia pon penah rasa keadaan tu sebelum ni. Mama dah anggap cikbi macam adik beradik dah. Yela tiap ari call tak kire masa. Tu belum cite masa abah terlantar kat hospital. Tiap2 melawat. Cikbi pon banyak bagi semangat kt aku. Lepas pemergian abah, aku dh 2-3 kali jgk bawak mama g umah cikbi. Rasa sangat dihargai bila orang ambil berat dan "nampak" keadaan kita.

Mama takde kawan, mama kawan ngan anak2 dan abah je. Sekarang abah dah takde, mama ada anak2. Lepas abah meninggal, segelintir manusia cuba nak mengatur hidup mama. Fullstop ! Ianya pernah terjadi dan aku takkan biar ianya berulang lagi. 

Biarlah post aku kali ini menyentuh sensitiviti kaum, aku tak kesah. Aku ada hak kat sini. Aku nak kebahagiaan untuk mama. Aku tau dengan sape mama kecik ati dan aku tau ape yang mama pendam. Aku nak membela mama. Aku tak teragak2 nak melaser ke apa. Itu cara aku.

Mama penah mintak Mat Yapiy. Dia kate kalau aku bagi terus pn takpe. Aku tau mama cakap camtu sebab mama kesunyian. Yapiy pn dah rapat sangat ngan nenek, kalau kua g mane2 mama mesti suh tinggal Yapiy. Tapi masa aku g kl seminggu bulan lps, aku bawak Yapiy. Takut aku yang tak tahan rindu kalau tinggal dia. Nak g seminggu jadi sehari. 

Mat Yapiy plk rindu nenek. Belum sampai kl dah menanges merengek2 nak nenek. "nenekkk nenekkk.." Mane la nak cari nenek atas highway karak kan. Hehe. Then call mama bagi dia cakap baru nak diam. Baru nak senyum. Esok dan seterusnya sampai seminggu tetap macam tu. Penangan rindu.. Hehe.


yapiy & nenek masa holiday kat kuantan.
yapiy said : nenek jomlaaaaa.....
perjalanan hidup mama memang penuh pengorbanan?
adakah pengorbanan ini mendapat penghargaan?

farhanah+faizin+fakihah+faezah+fathiyyah  MAMA




p/s : mama abah

Tuesday, July 6, 2010

Aku Dah Slim.

Macam best je tajuk kan. Memang tu lah kenyataan nya sekarang. Tak caye?? Tengok bawah ni ;


T__T ni gambar masa tahun 2006. Masa ni aku study kat kptm Bangi. Masa ni jugak aku dah "berkawan" dengan suami aku sekarang. Tengok la betapa slimnya aku. Mane dia tak sayang kan? Hehehe. Sekarang pon sayang. Dia support aku dalam segala hal yang aku nak buat dengan syarat, tak boleh jauh dari dia. Ecehhh. Hehe.

Aku nak slim balik macam dalam gambar tu. Agak-agak boleh tak? Insyaallah aku akan usaha. Tapi gemok lepas beranak ni susah nak turun kalau tanpa apa-apa bantuan kan. Husband aku pada awalnya nak la aku g slim world terus tapi disebabkan bajet tak mengizinkan lagi, terpaksa tangguhkan. Tangguhkan tu aku tak kesah, tapi memandangkan raya dah nak dekat terpaksa la aku cari cara laen kan. Aku nak jugak melaram kebaya tahun ni. 


Aaa ni gambar aku yang latest. Yang baju ijau tu kawan aku name dia eija. Sama-sama kptm bangi ngan aku dulu. Kitowang jumpa kat McD Connaught. Masa ni akak dia wat besday anaknya. So dia belanje kitowang makan.

Besar kan badan aku. Hemm. Usaha-usaha. Aku dah tak larat dah nak dengar suara2 sumbang menagajar aku dressing. Cakap apa yang aku pakai tak sesuai la. Nampak lemak la. Sah-sah la aku gemok kan. Pakai ape pon tak kene. Apa aku pakai mengikut keselesaan aku. Aku tak perlu teguran sesape. Kalo cantek tapi aku tak selesa tak guna jugak. Laki aku pon tak suka. Setakat ni ape yang aku pakai aku akan tanya husband aku dulu, kalo dia ok aku pakai. Apa yang dia beli aku pakai. Dia nak tengok aku pakai mengikut selera dia. Dia selalu kate,
        
"awak yang rase awak gemok, saya tengok biase je,"

"gemok pon isteri saya, saya tetap sayang sama macam dulu,"

Ayat jage ati kan. Takpe. Aku paham. Aku akan usaha untuk nampak slim dan cantek. Baru nampak sesuai dengan dia. Lagipon mama cakap, aku bahagia, sebab tu badan naek. Yela dulu berjauhan macam-macam masalah la. Rindu lagi. Mane tak susut badan. Aku stat naek berat masa awal tahun ni. Bulan januari. Aku benti menyusu Mat Yapiy terus badan naek mendadak. Makan macam biasa je tapi badan naek. Masa aku menyusu dia dulu makan banyak pon takde ape. T__T

p/s : taknak kurus sangat. nak slim. hehe.



Nak saya terjah?