My second baby week progress.

pregnancy due date

Monday, January 31, 2011

Krisis sebenar darurat di Mesir | Masyaallah my niece ada kat Mansoura!

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

p/s : risaunya kat kakwa. :(( hope kakwa & yang laen-laen dijauhkan dari musibah. Ya Allah lindungilah mereka. aminn.

Tuesday, January 25, 2011

Salun Chinta Fasha Sandha

Masa hangat orang dok bercerita kes Fasha Sandha putus nga Jejai, aku kalo boleh nak tutup telinga dan pejamkan mata. Biarpun ramai dok kutuk dia bukan2, tapi aku tetap nak pikir positif. Setiap orang pun kehidupannya ada turun naek. Tak boleh kita nak kutuk-kutuk. Hidup kita pon belum tentu akan sentiasa bahagia betul tak? So biarkan Fasha dengan hidupnya, jangan dok kutuk2 tambah tekanan kat dia & tambah dosa kat diri sendiri. Huhu. 

Baca KOSMO arini, nampak tajuk Chinta salun sulung Fasha. Dalam hati aku WOW!! Fasha sandha pulak dah menceburi bidang bisnes2 ni. Lepas Dato' CT ngan SimplySiti nye kali ni Fasha Sandha ngan salun Chinta dia. Salun Chinta dia ni akan dirasmikan pada 14 Februari 2011 kalo tak silap. Nama salun tu pun sempena ngan drama Chinta lakonan dia.

“Chinta Chanduri adalah nama saya dalam drama itu. Chinta sungguh bertuah kerana dirinya tak lekang dengan kasih dan sayang. Justeru, saya mahu salun ini mempunyai aura yang sama antara saya dengan para pelanggan yang berkunjung,’’

Yang wat aku tertarik sangat2 sebab gambar-gambar dia cantekkkk sangatt! Oh Fasha Sandha!!!

tengok ni! warghh! 
nak fasha sandha blow rambut aku!! keskes. 

Papepun sama-sama la kita doakan yang terbaek sesama manusia. Tak guna kita nak ketawa melihat kejatuhan orang kan. Gudluck Fasha Sandha. Dan yang pastinya untuk tiga bulan pertama, Chinta mengatur strategi dengan memberi promosi sebanyak 15 peratus ke atas semua perkhidmatan. Cuci dan blow rambut cam biasa lah RM15. Bukan kelas-kelas mak datin je mampu, korang-korang pon boleh. Kehkeh. 


p/s : yang penting salun dia kaler purple! faveret kaler aku! pengsann *__*


Monday, January 24, 2011

My hero

Mama serabai! Sebab nak potong
kek kena ligan besday boy dulu!

Pejam celik pejam celik anak bujang ku Yapie dah nak masuk dua tahun. Rase macam baru je lagi aku dan papa dia sambut besday dia 4 Mac 2010 kat Tasik Cempaka Bangi. Masa tu kitowang sambut bertiga je.

Patutnya ada ajak kawan sekali tapi dia ada hal masa tu. Walaupon dia tak paham pape, tetap nak sambut! Hehe. Kek pon tak luak, esoknye kasik kat pengasuh Yapie yang kebetulan pulak besday husband dia sama ngan Yapie. Hehe.

Sekarang Yapie dah semakin petah. Paling menyentuh hati bile time nak tido, aku & papa dia selalu masuk bilik tutup lampu & letak Yapie paling tepi kat belah dinding. Mama dia wajib la kena tido tengah sebab nak pelok dua dua. Keskes. Dua dua lelaki di kiri & kanan tu aku yang punya!! Heh! Ehh sambung balik, yang paling menyentuh hati bila dia cakap ;

"Ok nak tido dah ni.. gudnite.. i leviu mama.. i leviu papa.. 
muah! bye tayam.. bissmiyahh (bismillah).."

Memang pada malam sebelum tu aku ade ajar dia semua tu, tapi tak sangka pulak malam dan malam seterusnya benda tu dah jadi habit dia. Hehe. Papa dia bantai gelak je. Suke sangat dengar anak cakap camtu. Pastu memang Yapie akan terus tido. Sambil dia cakap tu sambil tarik blanket tau. Kalo dah tutup lampu & duk lam bilik dia memang senang tido (walaupon selalu kul 2 pagi baru tido T__T )

Siang hari nye maen tak hengat dunia! Baru anak sorang wa cakap lu tapi umah dah macam tongkang pecah. Besepah ngan barang2 mainan dia. Macamana la agaknya Kak Nani mama si kembar 3 tu kan. Nah kau 3 hero tu!! Hehe. Rezeki Tuhan bagi sekali 3. Kecik kecik memang la susah jaga anak ni, dah besar nanti dah senang makbapak. :) 

Faris, Fauzi & Fahmi masa umur setahun, skg dah dua tahun.
Yang mana satu Faris, Fauzi & Fahmi tu taktau la. Nampak same je. Hehe. Rase nak sangat temu kan Yapie ngan 3 hero tu. Mesti meriah kalo 4 hero bergabung. Hehe. Nak jumpe gak ngan baby Adam anak Kak Aanie dan jugak blogger2 laen. Insyaallah. Okeh layan pic latest my baby Yapie. :)

Freestyle kan? Keskes.

Nak seluar trek mcm papa jugak!

Botol susu ttggl lam kete papa, kena isap susu
pkai botol dia ms baby!! hehe. 2 auns skali minum!
Tengok! Nak taip pendek pon panjang jugak jadiknye. Taram jelah. Hehe.

Sunday, January 23, 2011

Hantu hindustan!

Dulu kalo ari sabtu semua pakat dok bekumpul bersumbat sumbat depan tv sebab nak tengok hindustan. Aku ingat lagi seleksi Panggung Sabtu. Huishh hindustan dulu dulu memang bes la. Movie yang kua pon hit hot. Sekarang ni banyak yang tayang lurah dendam, tesembol sana sini. Kalah pilem mat saleh. Grrrrr.

Movie yang paling aku minat :


KUCH KUCH HOTA HAI
Aku memang paling suke cite ni lah. Sampai aku dah hafal seme dialog cite ni. Tak caye? Try tengok ngan aku. Tade hal la kalo nak aku berdialog sampai abes. Hehe. Aku pon dah tak ingat bape ratus kali aku tengok cite ni. Alaa dulu kan trend VCD. Aaa beli cd tengokla puas2. Esok tengok lusa tengok lagi. Aku sebenarnya minat kat budak kecik kat name Anjali tuuuuuu.... ;

Sana Saneed as Anjali Khanna
Hahah! seingat aku masa tu aku darjah 5 la. Aku dok ikut trend si Anjali Khanna dan jugak Anjali Sharma yang pakai hairband tu. Sampaikan kalo g pasar malam mesti nak suh abah beli hairband. Ala yang getah besar gedabak atas kepale. Tak pon aku suh mama jahitkan hairband untuk aku. Ade satu pasang baju kurung aku tu, aku suh mama buat hairband sekali. Kire kaen yang same lah. Bangga tau pakai hairband masa tu. Aku naek beskal g umah kawan2 pastuh dorang pon panggil aku Anjali. HAHAH! bangge tau! 


Ni la Sana Saneed dah besar. Cantek kannn. Dulu berangan la nak jadik cam dia nak berlakon jadik anak Shah Rukh Khan. Heh! tinggi angan2 kau! 

Selain dari Kuch Kuch Hota Hai aku minat jugak cite Hum Saath Saath Hai, Dil Kya Kare, Dil To Pagal Hai, Kaho Naa Pyar Hai, Mohabbatein dan banyak lagiiii!! Kalo yang leh kate latest sket opkos la Kabhie Kushi Kabhi Ghum, Kalho Naa HoKabhi Alvida Naa Kehna dan 3 Idiots. Yang cite latest ni bes maybe sebab kebanyakannya  pengarah yang sama yang mengarah cite Kuch Kuch Hota Hai. Cite pengarah bersama Yash & Karan Johar ni unik la. Senang2 je airmate nak ngalir. Ceh! Aku memang feel tau! Jangan herdik! Keskes.

Bab lagu pulak toksah cakap, maen2 je aku nyanyi. Layan wehh. Siap ingat lagi time lagu sekian2 scene dia cane, dia nari cane. Bila la nak kua cite yang bes bes lagi. Kalo panggung tayangkan balik cite hindustan box-office yang lama2 ni kompom aku g tengok! 

Name pon hantu hindustan! Nama2 penyanyi untuk pelakon2 ni pon aku tau & cam sangat dah. Kalo untuk Shah Rukh Khan selalu pakai suara Udit Narayan. Yang pompuan2 pulak selalu pakai suara Alka Yagnik. Alka Yagnik ni memang bes! Pandai dia ubah2 suara dia mengikut kesesuaian ngan pelakon tu. Kalo untuk Amisha Patel, memang Amisha Patel la bunyik nye! Grrrr!

Eh dah panjang aku melalut. Meroyan betul la kalo cite sal hindustan ni. Kalo aku review satu2 muntah lak korang bace. Keskes. Ok bai.



Eh ade lagik? Hee ni time aku search google tadi aku jumpe gambar ni. Sweet kan. Love is Friendship, Pyar Dosti Haii, Cinta itu Persahabatan. 

Jom 'tweet tweet' !!

Aku nak war-war kan kat sini aku dah ada TWITTER. Sesape yang rase nak ber'tweet tweet' ngan aku boleh la folow ye. Bosan la asek layan FB. Naek muak dah. Eh tapi aku tak paksa korang folow tau. Kalo sudi & nak berkawan2 tadek hal. Hehe. Jangan risau aku tak sombong! PERAMAH tauuu. :DD



Do tweet me =  HaaFakihah

Friday, January 21, 2011

Sebarkan !

Rakan-rakan sekalian di mohon untuk buka komputer anda pada direktori ;

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10

Cari gambar bernama J0285926

Anda akan ditemukan dengan gambar lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). Hapusakan gambar tersebut! Gambar itu ada di semua PC di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA.

Sumber dari message foward FB. 

Wednesday, January 19, 2011

Khairul Fahmi di TUDUH minum arak?


Khairul Fahmi pegang botol barbican la samdol!

Aku pon penah minum masa aku g makan kat Restoran Saba' Cyberjaya. Sekali tengok pon tau lah. Aku minum yang pineapple punye. Sedap. :D

SUMBER : B.O.L.O.Q.U.E

So ni semua tuduhan palsu yang di buat oleh pihak tertentu yang dengki dan busuk ati. Kalo dah anti Malaysia tu anti jugak la. Tak habis-habis ngan propa! Sesape yang ada bergambar ngan botol barbican tu jom pakat view kat FB masing2. keskes. 

Tuesday, January 18, 2011

Kasut Dato' CT

seksinyee :D


Kasut mahal tuuu. Semua ribu ribann. Seswai la ngan orang yang mampu macam dia. Tak payah pakai duit laki dia pon dia boleh beli kasut mahal la. Sendiri dah jadi jutawan sebelom kawen lagi kan. 

Bengang pulak aku tengok orang duk kutuk-kutuk dia kat entri AbangNara tuh. (name pon diehardfans DCT masti bengang) keskes. Takpelah orang senang ni memang ramai orang dengki. Kang kalo DCT pakai kasut murah pon orang ngate jugak. "Haii ct pkai kasut murah? tak mampu ke.." Hahha andaian aku je. 

Mahal-mahal tapi pakai kat kaki kan. Ala ape la sangat seribu dua bagi dia. Show satu dua lagu pon dah dapat berpuluh ribu riban. grrrr gigil.. :D

"Mengikut kata Dato’ Siti,beliau selesa memakai kasut Louis Vuitton bila jalan-jalan dan untuk show, beliau lebih suka memakai Stuart Weitzman kerana ia tinggi."

Sumber CuteCarry.

Tengok! dah ada respon la. hehee.

Ingat tak entri aku yang lepas "Aku dah pakai shawl"..? Hahah tak sangka pulak aku kawan aku Natasha yang ajar dan bagi aku shawl n inner untuk aku pakai lam entri tu di hujani banyak pertanyaan dan request melalui inbox FB dia. Dia blur n menggelabah kejap.

Ada yang suh aja & wat tutorial pakai shawl, ada yang tanya inner muncung yang aku pakai tu dia beli kat mane. Hee how sweet la korang. Tak sangka pulak camtu sekali feedback korang.

Okeh Natasha Che Rahim aka pemilik blog memorieslover dah bagi respon kat korang. Dia belum penah wat tutorial pakai shawl ke ape b4 dis. Sebab dia igtkan pemakaian shawl ni dah meluas. (memang meluas tapi kawan baek sendiri ni pon baru terjebak..keskes). Nak tau lebih lanjut terjah belog dia k. 

Opss maybe ramai dikalangan bloggers perempuan dah ramai pandai kan pakai shawl. Tutorial n tips dari sha tu dia buat untuk korang korang yang bertanya dan yang masih belum tau lebih lanjut about wearing shawl. Tutorial tu di serikan lagi dengan model pemilik blogger kisahlynaa. :)

Bak kata sha :

"sy bukan mau tunjuk hebat..sy cuma mahu kongsi apa yg saya ada." 

opss layan gambar tuan tanah! :D
ni shawl & inner yang sha bg jugak! 

Klik here untuk terus ke entri tuto Natasha. Sweet & simple. :)

Monday, January 17, 2011

Contest blog paling cantik, comel dan kemas!




Syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
Pada sesape yang nak join meh SINI. Okeh Haa nak tag 5 orang :

"Saya nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB"


Grr ni tag dari cik yaya yang gila pink seluruh alam. Sori lambat langsaikan tag ye ya! Hehe. Kebetulan besday aku bulan depan. Besnya kalo dapat hadiah besday dari Yana. Insyaallah ade rezeki ade la. :DD

Okeh sesapa rasa nak join klik kat banner k. Haa nak tag :
^
^
Ujang & Akhyaranis


Tolong pilihkan boleh?

Aku nak beli seluar jeans untuk yapie. Nak beli satu je tapi ada 2 pulak yang aku berkenan. Okeh kalo korang, korang pilih yang mana? Aku suka dua dua jenis seluar ni sebab simple. Tapi papa suh pilih satu je. Sebab yapi cepat membesar. Takkan nak beli sampai dua. Lagipon patern nampak lebih kurang je tapi kaler laen cket. Grrrr. Ngade betul!


OR


Aku suke anak bujang aku dress up bia nampak matang. Sampaikan masa dia baru setahun lebih pon orang ingat dia dah dua tahun lebih. Hehe. Aku memang jarang beli yang ada kartun untuk anak aku. Setakat baju pakai dalam umah ada la kan. :)

Sunday, January 16, 2011

Kad jemputan kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Adha.. COMEL !!


Tengok tengok! Comeinye la haiii. Seksi kan nampak! Ade reben warna pink gitu. How suweet! Simple tapi comel sangat sangat. Wedding dorang 21 January ni. Hope dorang kekal bahagia dan jodoh mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin. :) 

Sumber : Beautifulnara.

Suamiku bikin aku terharuuuuu


Video ni dah lama dia buat. Eh video ke? Ahh bantai je lah. Walaupon sekerat je tapi cukup menyentuh hati. Hehe. Airmata hampir menitis di saat pertama kali aku view video ni. Aku jumpa lam phone dia. 

Aku tak sangka betul dia akan buat benda camni. Yela laki mak ni nyah bukan jenis romentika de amourrr. Jenis yang ada sense of humour. Keje nak melawak je. Dulu masa zaman kapel kapel ada r jgk lomentik dia. Skang dah kawen nak cakap i labiuuu pon ade yang termuntah dua-dua kang! Haha. Dia sangat best! He's my real mr right! Tak salah lagi. Terbaik. Sekepala sehati sejiwa sekatil sebantal! Ngam ngam soiii. :D

Walaupon susunan gambar nye tunggang langgang, tetap sweet di hati saya. Ngehngeh. Maaf kalo ada yang menSampah k. Gambar-gambar dalam klip tu himpunan gambar dari zaman kapel, baru kawen, zaman honeyymon & zaman sudah beranak pinak. Heh macam ramai sangat anak kau! Hee. Okeh terima kasih kerana sudi melayan.


"Alhamdulillah syukur, Allah SWT kurniakan jodoh
 yang terbaik untukku. :)"


Percayalah DIA dah tentukan jodoh yang terbaek untuk korang.

Saturday, January 15, 2011

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

gambar hiasan - foto perkahwinan tuan tanah. :)
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Kredit to POTENSI.

Friday, January 14, 2011

Pernah tengok ikan pari hidup-hidup?

Grrr semalam hasben aku g mancing. Semangat betul dia nak g mancing kat Sungai Kelantan dekat dengan umah aku aje tempatnya. Dia jarang ada masa nak g mancing. Ada masa free baru g. Selalu kalo g ade la bawak balik udang. Tapi semalam kan dia bawak balik udang dan ikan PARI !

ikan pari yang dah di buang ekornya! still alive ok!

close up cket. grrrrr geli sangat. cantek kan?

seram la aku tengok yang ni. hee.



Ikan pari ni lambat betul matinya. Masa aku dok snap gambar tu pon dia tengah berkuak2 lagi kepaknye. Eh betul ke ayat aku. Hee. Tapi memang ikan pari ni cantik sangat. Terpegun macam tengok pompuan cantik owww. Tapi seram ok. Menjerit aku bila tengok dia gerak2. Jakun tau sebab tak penah tengok!


Selambe je hasben aku suh aku siang! Dia nak nyakat aku je sebab dia tau aku geli. Tang mane perut dia pon aku taktau. Kalo ikan sungai memang aku tak reti nak siang sebab dari kecik aku tak penah makan ikan sungai. Sejak kawen ngan dia je dia selalu bawak balik. Kalo dia g menjala ikan, berbaldi-baldi dia bawak balik ikan aaaa dia la yang siang semuanya. Bagus betul dapat suami serba boleh serba lasak. :D


UPDATE : Lupa nak bitau yang ikan pari ni aku bakar semalam. Takde gambar sebab terus ngap. :DD

100

Hee baru tak sampai setengah jam aku pos entri kat bawah tuuuuuu (muncungkan mulut apabila menyebut tuuuuu..) Sekarang aku dah ada follower yang ke 100. Bukan batak berlagak sebab ade follower ke 100 ye! Aku tau ade ramai yang dah ade follower tahap ribu riban. Aku hanya insan kerdil di dunia blog yang besar neh. 

Okeh review untuk follower aku yang ke 100 ni adalah :


sorang isteri, ibu, cikgu ; tak ada misteri hanya insan biasa.

ni untuk cikgu sofi. :)
Wow belog Cikgu Sofi ada novel & cerpen lah. Sape yang suka baca novel tu boleh la terjah. :D

Who's gonna be 100?

Syukur Alhamdulillah blog yang aku lahirkan pada 21 May 2010 dah mencapai ke 99 follower. Walaupon aku still lagi merangkak dalam dunia blogging ni tapi bagi aku ni satu permulaan yang baek untuk aku & pencapaian peribadi yang sangat bermakna bagi aku. 

Terima kasih kepada my sweet follower yang sudi follow aku. Tiap kali aku on9 aku lebih kepada nak log in blog dari FB or twitter. Tak tau nape. Maybe kat sini aku dah rase macam ada satu dunia yang aku tak sunyi bila luangkan masa kat sini. Aku memang seronok berblogging & berblogwalking. 
Sape la bakal follower yang ke 100 tu kan?

Insyaallah nanti aku nak buat 1st GiveAway. Kena carik bajet & sponsor dulu lah. Hehe. (opkos la mangsanya tak laen tak bukan...incik asben!)

My niece yang sebaya

Entri kali ni aku nak review pasal anak sedare aku. Anak sedare ni sebaya ngan aku. Hee. Lahir tahun yang sama 1988. Actually dia anak kepada abang sulung husband aku. Paham tak? Paham ke pening? Hehe.


gambar paw. sori mekwa. muah!
Nama dia Adhwa Anis tapi aku just panggil dia kakwa & dia panggil mak sedare dia ni KAKHA okeh! Sebab sebaya kan. Dia ni bakal dentist. Skang still study kat Faculty of Dentistry, Mansoura University, Mesir.  :DD

Okeh kakwa ada join contest. Contest What's Hot is Gettin' Hotter! by CSTLynda Rahim Kuala Lumpur. Dalam contest tu dia kena buat 1 entri yang menceritakan tentang konsep perkahwinan impian dia. How sweet! Kalo aku tak kawen lagi aku pon nak join contest tu. Hee gatai! 

Okeh kalo korang nak tengok entri my sweet kakwa ni klik kat link yang aku bagi kat bawah ni. 


Aku jugak nak mintak jasa baek korang korang dan korang semua untuk press LIKE button at the end of that entri. Kalo korang suka k. Tak salah kalo saling menyokong antara satu sama laen kan. Please vote for her. Thanks korang. Love ya! 

p/s : jangan lupa LIKE entri my sweet kakwa k. :)

Thursday, January 13, 2011

Tudung singkat punya pasal

Kul 7 pagi aku dah kat tangga umah, mama sediakan stokin & kasut untuk aku pakai. Abah pulak keluarkan motosikal aku yang aku simpan kat dapur. Selalunya abah akan panaskan enjin kejap. Aku bukan anak manja tapi mengade-ngade. Abah masa tu dah pencen so dia takde keje nak buat.

Dah siap, salam mama & abah aku pon gerak. Perjalanan lebih kurang 10km ke sekolah buat aku nak terlelap je. Sekolah aku jauh sebab before dis aku duduk dekat umah yang boleh kate dekat ngan sekolah. Tapi lepas abah pencen kami pindah balik ke kampung halaman abah. So aku tak tukar sekolah sebab tahun tu SPM. Aku malas nak pindah. Sanggup ulang alik sebab abah belikan EX5. :D

Sampai sekolah, aisehmen ade perhimpunan. Aku terus menuju ke tapak perhimpunan. Dengan beg yang bergalas, aku berdiri lah sampai abes perhimpunan pagi tu. Pulak tu ade pengumuman "kepada pelajar perempuan, sila tunggu di tapak perhimpunan selepas ini..." Alamak! spotcheck la tu.

Di pendekkan cite, aku sangkut lam 'roadblock' tu. Ramai lagi yang seangkatan ngan aku kena masuk bilik disiplin sebab??????? TUDUNG SINGKAT. Lagi sebulan lebih nak SPM budak form 5 pon kena ke? Aku selambe jelah. Okeh seme kene bukak tudung bagi kat ustazah. 

Ustazah bawak tudung kitorang ke bilik KH. Cikgu ERT gunting-gunting kaen sepanduk lama then jahit kat tudung kitorang. Kain sepanduk tu pulak potongannye ade la 1meter x 5inci. Tekejut beruk aku bila tudung tu sampai kat tangan kitorang. Hahahaha malu weh nak pakai! Ade budak yang hampir menangis tau. Tulah sape suh tudung senteng. Yang seniornye aku dan kawan aku 2orang.

Agak lama kitorang dalam bilik disiplin sebab nak kena tunggu tudung siap di jahit kan. So dah masuk waktu rehat baru ustazah lepas. Kitorang kena ceramah kaw-kaw. Huhu. Sebelum ni aku tak penah kena spotcheck pon. Bukan sebab tudung labuh, tapi sebab bijak melarikan diri. Keskes. Masa tu pulak trend baju singkat & sendat. Kalo terserempak dengan cikgu disiplin, mmg kena tetas baju kat ctu jugak. So kena bijak la kan. Sekolah tu dah 5 tahun aku kat sana, mesti mau otai. Haha.

Okeh waktu rehat ustazah lepas kitorang. Aku dan membe same form 5 ngan aku masuk musalla, tetas-tetas balik kaen sepanduk yang di jahit tu. Tak sampai 5minit dah siap. Tiba-tiba...cikgu disiplin datang. Tapi yang ni cikgu disiplin laki. Aku tak takot ngan dia sebab dia coach netball aku. Aku kapten so dia sayang aku.

Cikgu tanya "kenapa tak masuk kelas??" Aku pon jawab "jap lagi saya masuk la..hehe" Ehh tapi macam malas je. Cikgu tanya lagik,"kenape buang sepanduk tu?" aku dengan selambe "alaa cikgu buat malu muka je saya pakai ni," k aku pon jalan nak g masuk kelas.

Sampai kelas, kawan-kawan ngah makan kepok lekor. Aku nak makan pun dah takde mood. Aku baru je letak beg kat kerusi. Pastuh aku pakai balik. Aku cakap kat kawan aku aku nak balik. K aku melintasi padang sekolah nak turun ke garaj moto. Sampai sana aku start moto selambe pecut nak balik umah. Sampai umah aku mintak ngan mama nak beli tudung baru kalo tak esok kena lagi. Then aku tido krohh krohh.

Naseb baek esok tak kena panggil. Bodo nye aku. Bila SPM lingkup baru kau nyesal kan. Takde la lingkup mane pon. Hahah. Ni la kenangan yang paling aku takleh lupa. Ni pon bukan pertama kali aku balik lepas dah sampai sekolah. Sebab pakguard lambat tutup gate. Kadang kadang tak tutup lansung. :DD

Tak bes pon cite aku ni. Bagi aku jela bes sebab aku syok sendiri. Okeh ni pic zaman nakal masa sekolah dulu. Aku kelas 5PA 2005 (akaun).

saya budak baek. :)

tangan hitam sebab merempit g skolah. :))))

p/s : rase macam nak sekolah balik tapi tetap malas nak belajar. nak berkawan-kawan je. :DDDDD

Nak saya terjah?