My second baby week progress.

pregnancy due date

Thursday, January 13, 2011

Tudung singkat punya pasal

Kul 7 pagi aku dah kat tangga umah, mama sediakan stokin & kasut untuk aku pakai. Abah pulak keluarkan motosikal aku yang aku simpan kat dapur. Selalunya abah akan panaskan enjin kejap. Aku bukan anak manja tapi mengade-ngade. Abah masa tu dah pencen so dia takde keje nak buat.

Dah siap, salam mama & abah aku pon gerak. Perjalanan lebih kurang 10km ke sekolah buat aku nak terlelap je. Sekolah aku jauh sebab before dis aku duduk dekat umah yang boleh kate dekat ngan sekolah. Tapi lepas abah pencen kami pindah balik ke kampung halaman abah. So aku tak tukar sekolah sebab tahun tu SPM. Aku malas nak pindah. Sanggup ulang alik sebab abah belikan EX5. :D

Sampai sekolah, aisehmen ade perhimpunan. Aku terus menuju ke tapak perhimpunan. Dengan beg yang bergalas, aku berdiri lah sampai abes perhimpunan pagi tu. Pulak tu ade pengumuman "kepada pelajar perempuan, sila tunggu di tapak perhimpunan selepas ini..." Alamak! spotcheck la tu.

Di pendekkan cite, aku sangkut lam 'roadblock' tu. Ramai lagi yang seangkatan ngan aku kena masuk bilik disiplin sebab??????? TUDUNG SINGKAT. Lagi sebulan lebih nak SPM budak form 5 pon kena ke? Aku selambe jelah. Okeh seme kene bukak tudung bagi kat ustazah. 

Ustazah bawak tudung kitorang ke bilik KH. Cikgu ERT gunting-gunting kaen sepanduk lama then jahit kat tudung kitorang. Kain sepanduk tu pulak potongannye ade la 1meter x 5inci. Tekejut beruk aku bila tudung tu sampai kat tangan kitorang. Hahahaha malu weh nak pakai! Ade budak yang hampir menangis tau. Tulah sape suh tudung senteng. Yang seniornye aku dan kawan aku 2orang.

Agak lama kitorang dalam bilik disiplin sebab nak kena tunggu tudung siap di jahit kan. So dah masuk waktu rehat baru ustazah lepas. Kitorang kena ceramah kaw-kaw. Huhu. Sebelum ni aku tak penah kena spotcheck pon. Bukan sebab tudung labuh, tapi sebab bijak melarikan diri. Keskes. Masa tu pulak trend baju singkat & sendat. Kalo terserempak dengan cikgu disiplin, mmg kena tetas baju kat ctu jugak. So kena bijak la kan. Sekolah tu dah 5 tahun aku kat sana, mesti mau otai. Haha.

Okeh waktu rehat ustazah lepas kitorang. Aku dan membe same form 5 ngan aku masuk musalla, tetas-tetas balik kaen sepanduk yang di jahit tu. Tak sampai 5minit dah siap. Tiba-tiba...cikgu disiplin datang. Tapi yang ni cikgu disiplin laki. Aku tak takot ngan dia sebab dia coach netball aku. Aku kapten so dia sayang aku.

Cikgu tanya "kenapa tak masuk kelas??" Aku pon jawab "jap lagi saya masuk la..hehe" Ehh tapi macam malas je. Cikgu tanya lagik,"kenape buang sepanduk tu?" aku dengan selambe "alaa cikgu buat malu muka je saya pakai ni," k aku pon jalan nak g masuk kelas.

Sampai kelas, kawan-kawan ngah makan kepok lekor. Aku nak makan pun dah takde mood. Aku baru je letak beg kat kerusi. Pastuh aku pakai balik. Aku cakap kat kawan aku aku nak balik. K aku melintasi padang sekolah nak turun ke garaj moto. Sampai sana aku start moto selambe pecut nak balik umah. Sampai umah aku mintak ngan mama nak beli tudung baru kalo tak esok kena lagi. Then aku tido krohh krohh.

Naseb baek esok tak kena panggil. Bodo nye aku. Bila SPM lingkup baru kau nyesal kan. Takde la lingkup mane pon. Hahah. Ni la kenangan yang paling aku takleh lupa. Ni pon bukan pertama kali aku balik lepas dah sampai sekolah. Sebab pakguard lambat tutup gate. Kadang kadang tak tutup lansung. :DD

Tak bes pon cite aku ni. Bagi aku jela bes sebab aku syok sendiri. Okeh ni pic zaman nakal masa sekolah dulu. Aku kelas 5PA 2005 (akaun).

saya budak baek. :)

tangan hitam sebab merempit g skolah. :))))

p/s : rase macam nak sekolah balik tapi tetap malas nak belajar. nak berkawan-kawan je. :DDDDD

10 komentar:

Mcjust said... BALAS

keje la! :p

PeNgEmiS dUniA said... BALAS

nape x wat kain sepanduk tu tudung tiap ari ? hahaha

MyNameisAimii said... BALAS

huhuhuu..sama lah kita. Tudung singkat! hahahaa..Sampai dah tau. Time assembly sekolah, hari Selasa je. Pakai tudung ngam-ngam, anak tudung, singlet cukup sume. Pakej pengetip kuku pun bawak. Hari lain. Tade. Nak kena, kena laa ye? Degil! ahahaaa..

*Kenangan :))

Haa Fakihah said... BALAS

@mcjust.lol : dh apply la/ tggu dpt. huhu.

Haa Fakihah said... BALAS

@PeNgEmiS dUniA : slalu ustzah gunting tudung tau. tp sebab ade makbapak komplen terus dia tmbh jahit sepanduk. hhee.

Haa Fakihah said... BALAS

@AIMI SYAZWANI : hahaha tulahh. teringat time zmn skolah. sekolah ha ni everyday assembly. haha tang pengetip kuku tu kalo x bwk menyasau pinjam sape2 pnye. kenangannn. :DDD

farwalis said... BALAS

mesti pandai elak lubang ni, merempit g sekolah

Haa Fakihah said... BALAS

@frwls : kahkah tau xpe. bukan stakat cilok2 no 8, cilok 8 x 8 pon boleh. hee.

Yaya^Liyana said... BALAS

yunk nanti sy wat n3 pasa jame sy koloh des..nop tgk tudum sy sikat taro mano..ahahaha

Haa Fakihah said... BALAS

@Aya^Yaya : hahah beyeh2 yumm.

Nak saya terjah?