ni mase konvo abang aku kat PICC. rindu abah.
Pagi ni (tak pagi sangat la dalam kul 11) aku on facebook, ramai kawan kawan buat status "Fathers Day" kat page diorang. Aku?? Masih blur dan terkial-kial. Memikirkan patut ke aku buat status itu jugak?? Lama jugak aku pikir ape yang aku nak post kan. Terdetik dalam fikiranku secare tiba-tiba,
Al-Fatihah buat abah di Hari Bapa. Sentiasa sayang abah. Dirimu tetap segar di ingatanku.
Sesudah aku menge'share' status tu, aku pon offline. Belum bersedia menerima dan membaca komen (jika ada) sebab perasaan aku dah sebak. :((
Petang tadi, aku ke kubur abah. Masuk je ke simpang jalan ke kubur, aku mematikan radio di dalam kereta. Sayup terasa apabila kereta yang dipandu suamiku sudah hampir sampai di tanah perkuburan tu. Aku blur. Termenung sementara suamiku memperlahankan kenderaan. Aku merasakan yang abah sedang menunggu aku dengan tersenyum.
Mungkin sesiapa boleh kata ini mainan perasaan saje, tapi bagi aku yang sedang melaluinya, terasa amat indah sekali. Kerana perasaan yang aku rasakan sewaktu itu sama seperti perasaan bila abah tersenyum pada aku semasa hayatnya masih ada. Terlintas di ingatanku saat aku bergurau senda dengan abah. Hemm.
Blurr lagi. Suamiku lantas menyuruhku keluar dari kereta. Aku yang seperti terjaga dari tidur, bingkas bangun lalu keluar dari kereta dan meluru ke arah pusara abah dan duduk di tepi belindan menghadap pusara abah. Aku blurr lagi. Sesudah aku membaca & mensedekahkan doa-doa kepada abah, aku blurr dan blurr lagi. Betul ke abah dah takde. Aku gosok-gosok nama abah yang dah tercatit di belindan itu. Memang betul abah. Tarikh lahir dan tarikh wafat juga tercatit.
Sedang asyik aku melayan perasaan, bahuku dicuit. Suamiku mengajakku pulang. Abah, kakcik rindu abah. Memang kakcik banyak berdosa pada abah. Tapi aku bersyukur sebab aku sempat meminta maaf dengan abah sehari sebelum pemergiannya. Dan aku tau abah telah memaafkan anak-anaknya dengan penuh iklas. Sepertimana kata-kata abah selama hayatnya
"abah sentiasa maafkan anak-anak abah,"
p/s : Tak pernah aku bayangkan begini perit dan seksa kehilanganmu, Abah.
8 komentar:
al-fatihah~ amy x rasa lg pe yg haa dh rasa. tp amy tau ape rasa kehilangan org yg plg kita sayang, yg plg penting dlm idop kita. amy harap haa tabah, sabar. stiap yg idop akan mati. x kira siapa pn kita.
:)) thanxs aemy. tuhla kan masa dia ada kite tak terpikir pon akan seksa mcmni kalo dia takde. sampai hari ni kami 1 fmily rase yg dia still ade. :)
sangat rindu abah...T_T
aku lagi rindu pade mu. T__T
rndu abah sangat2 ..
*nanges . T__T
keeha, memang sangat sedih bila kehilangan orang yang kita sayangi..
saya tak tahu saya gagah ke tak kalau saya kat tempat keehah. tak dapat nak bayangkan
u're strong,girl! im proud of u.
be strong n selalu berdoa untuk arwah k.
=)
aku pon. T__T
tenkiu jaa. :)
Post a Comment