My second baby week progress.

pregnancy due date

Monday, October 24, 2011

Sekarang aku dah Mencintai TIGA Lelaki.

Alhamdulillah. Lahirnya sorang lagi hero ku. Gambar fresh dalam labor room beberapa minit selepas di lahirkan. Baby pon belom dimandikan lagi. Hehe.

heat from the "oven"


Nama : Ahmad Haris Rayyan bin Ahmad Hafizuddin
Tarikh Lahir : 28 September 2011
Berat : 3.64 kg

Ehee. Ok peknen sudah, meneran sudah, beranak sudah.. Dahtu ape lagi? DIET lah!

Wednesday, July 6, 2011

Akhirnyaa.. Piala Liga Super milik TRW !

OUR HERO




Walaupun Matyo tak dapat kasut emas, tetap syukur Alhamdulillah atas kemenangan Kelantan FA. :)


RAMZUL 

(Ouh cairrr.. *gedikk!! bye!)

Thursday, June 30, 2011

Masuk 7 bulan baru mengidam?


Salam bertemu kembalii.. Ngeee dah agak lama tak update belog neh. Tah kenapa kali neh malas sangat nak update. Alhamdulillah pregnancy dah masuk 7 bulan. Sehari dua ni baru terasa betul2 mengidam lor. Nak sangat ngan mende ni hah! 


Chocolate Moist

Gatal tangan sangat dok view2 FB orang jual kek. Skali nah kau dah termengidam. Terliur mak tgk gambaq tuuuu. Wuuu wuuu nak jugakkkk.. Naseb ler ada kawan menawarkan diri nak tolong beli & pos kan. Wuu sabar la mak menunggu. 

Wahh akhirnya berjaya jugak update blog walaupon entri ciput. Ngehngeh.



Wednesday, March 23, 2011

Cik Eira Shoppe GiveAway :)



Aku tak penah pakai lens. Teruja nak join GA ni sebab mane la tau kot2 murah rezeki dapat lens free. Selama ni nak beli pon takot2. Tak reti nak pakai la, tak berani nak mencuba la. Teringin sangat nak pakai sebenarnya. Nak yang mata nampak bulat. Kekekeke.  Eh tapi siyes tak berani nak cuba dan takde yang bagi dorongan suh aku beli lens. Ehem2 kalo murah rezeki baby lam perut, dapat la mama nye bergaye ngan lens pasni. Hehe. Kelaut dah aku neh. Ok sesape nak join klik banner k. 

Nak tau ape hadiahnya?

1) kanta lekap yang anda minati dan pilih sendiri di Cik Eira Shoppe yang berharga RM50

2) kanta lekap yang anda minati dan pilih sendiri di Cik Eira Shoppe yang berharga RM30

3) topup percuma untuk sebarang talian sebanyak RM15 di Cik Eira Topup
Ngeee mane tak teruja mak nak join GA neh. Insyaallah rezeki rezeki. :))))))

1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!!



Ni 1st contest my pinky bestie. Budak Sawan Pink. Sama-sama oram Kelantan. Kampung pun dekat je. Dia satu skolah ngan my hubby. Nak tanak kena join sebab dia ni gengster. Hahaha sori yummm. Dah banyak kali dah try nak wat entri neh tapi GRRRR tenet lembabss asek loading je nak bukak post. Yeah berjaya akhirnya!!

Okeh ni gambar kandid yang aku pertaruhkan. Ngeee.. :D

with my sayang.
Kena tag 2 orang tapi aku nak tag 4 lah. 





    NAK JOIN??? click HERE.

    Sunday, March 20, 2011

    Survey | Set Bersalin NR

    Kuwang3.. Aku dah start servey menyerveyy set bersalin dah. Padahal pregnancy baru je 3 bulan. Takpe boleh bajet awal-awal. Masa berpantang anak sulung dulu aku takde pakai set bersalin ape pon. Berpantang ikut nasihat orang tua & nasihat doktor. Badan cepat turun sebab nyusu badan. Las2 badan naek lepas benti nyusu. So silapnya masa berpantang aku tak jaga pantang betul2 ke? Disebabkan ni dah 2nd punya pregnancy, kena la ada produk bantuan untuk masa berpantang nanti. Body beranak dua ni takut susah nak kembali asal. Eh memang dah takkan kembali asal tapi at least nak dapatkan berat yang ideal. :)

    Set Bersalin NR
    ( Dulu di kenali sebagai Set Bersalin Nona Roguy )


    Kelebihan Set Bersalin NR


    Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
    Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan  timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur. Ia juga  mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.

    Mudah di pakai sewaktu berpantang.
    Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.

    Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
    Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
      
    Selamat di makan.
    Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.

    Set Bersalin yang lengkap.
    Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda  tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang. 

    Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.
    Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR  adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening. [Sumber]



    Okes. Actually masa berpantang dulu aku penah guna minyak herbanika NR je untuk urut. Kira kalo mak bidan datang memang siap2 buh dalam bekas. Masa tu kakak aku yang beli sebab dia pon berpantang skali. Minyak herbanika tu memang berkesan la. Kalo lenguh sane sini, sakit perut, peranakan berdenyut memang cepat la lega lepas sapu minyak tu. Then pernah time anak batuk2, aku sapu cket kt bawah tekak dia. Alhamdulillah malam2 tido lena. :) Macam dah confirm je nak beli Set Bersalin NR ni. Insyaallah. :DDD 

    p/s : kalo ada yang penah mencuba set bersalin yang laen suggest or share la kat sini ye. sharing is caring. :)


    Bancuhlah susu formula anak anda dengan betul | Ada jugak jenis orang bancuh susu anak dengan air mineral


    Hakikatnya, penyediaan susu formula jauh LEBIH payah berbanding penyediaan expressed breast milk (ebm) sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya iaitu : air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org guna air sejuk/suam suam kuku sahaja) dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disterilize bagai sebelum digunakan. Berbeza dengan ebm, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria bagai.  [Sumber]

    Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah perkara yang pernah jadi di depan mata aku. Beli susu anak dah bagus, yang branded yang mahal.  Tapi kan bancuh susu pon dengan air mineral. Dahtu pulak selagi tak habis susu anaknya, selagi tulah di suakan kat mulut si anak tu. Bancuh pagi tapi sampai ke tengahari, sampai ke petang yang itu je la selagi tak habis. Terpikir jugak aku, susu mahal ni tak basi la agaknya ye. Hehe. Takde kuman bakteria la gamaknya. Kesian kat budak tu. Mane nak reti pape. 

    Secara peribadi nya, aku neh semalas mana pun aku aku takkan buat susu anak dengan air mineral/air sejuk. Susah payah mengandung dan melahirkan, kena jaga zuriat & amanah Allah ni dengan baek. Kalo anak meraung lapa susu sangat dan at the same time air panas takde, aku tetap panaskan cket air untuk bancuh susu. 

    p/s : Esok lusa aku rasa macam nak cite hal diapers pulak. Benda dah penah aku tengok depan mata jugak neh. Nak share dengan para ibu dalam blog ni. :)

    Monday, March 14, 2011

    Anakku dah dua tahun!

    Besday yapi 4 Mac tapi malam semalam, 13 Mac 2011 baru celebrate. Tunggu makcik2 dia balik dulu. Kalo tak tak meriah la sambut 2-3 orang je. Ni pun agak ramai la yang datang. Walaupun plan & masak2 las minit je tapi puas hati. Hee. HEPI BESDAY anak bujangku. :)




    SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

    رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ


    “My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

    Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

    (Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

    Friday, March 11, 2011

    Rindu setengah mati

    Aku ingin engkau ada disini
    menemaniku saat sepi
    menemaniku saat gundah
    berat hidup ini tanpa dirimu
    ku hanya mencintai kamu
    ku hanya memiliki kamu
    aku rindu setengah mati kepadamu
    sungguh ku ingin kau tahu
    aku rindu setengah mati
    meski tlah lama kita tak bertemu
    ku slalu memimpikan kamu
    ku tak bisa hidup tanpamu
    aku rindu setengah mati kepadamu
    sungguh ku ingin kau tahu
    ku tak bisa hidup tanpamu
    aku rindu…


    Patung bayi yang sangat real!



    Terkedu kejap tengok gambar ni tadi. Nak tengok lagi? Hah meh SINI. :)

    Wednesday, March 9, 2011

    Sambal udang petai.. nyumm!

    Semalam aku tersangat lah teringin nak makan nasik ngan sambal udang petai. Tuptup petang semalam jiran aku bagi petai 3 papan. Warghhh menjerit la aku. Tengahari tadi suh husband bawak balik udang. Apa lagi sepantas kilat aku ketung ketang ketung ketang kat dapur. Campak sana campak sini, SIAP!


    Ngeee.  Sambal udang petai ni lebih sedap dimakan dengan nasik DUA pinggan. Kehkeh. 

    Monday, March 7, 2011

    Bulan lepas aku sangat malas

    Merujuk pada bulan Februari yang lalu aku memang sangat malas. Eh bukannya malas sangat sebenarnya. Bila dah dapat tau peknen tu, alahan makin menjadi-jadi lorrr.. Makan ape pon takleh masuk. Minum ape pon kua balik. Setitik air pon leh wat aku rase pening. Teruk jugak la sampai badan pun dah susut. 

    Sian si Yapi, papa la yang uruskan dia sebab mama nye dah tak larat kan. Masak memasak semua papa settle. Selalunya balik tengahari terus makan je, tapi ni tak dia la yang kena masak, dia yang makan. Dah aku pun takleh makan kan. Dalam masa 3 minggu alahan teruk tu kami banyak kua makan kat lua. Hehe. 

    Entri2 dalam draft pon dah basi. Ada yang aku tuleh sekerat tapi maleh nak publish. Takde mood. Online pon malas. Tapi sekarang Alhamdulillah aku dah ok. Makan dah boleh dah. Tapi ikut selera la. Masa peknen yang sulung asek nak nasik lemak pagi je, kali ni nak nasik lemak malam. Tiap tiap malam nak. Wajib. :P

    Eh tapi skang aku dah rajin. Dah masuk bulan Mac neh. Rajin dah membelek n berblogwalking. Tengok entri bulan Feb yg ada bape kerat tuh, masyaallah malasnya aku. Sekarang tidak lagiiii.. :DD

    Tengok ni hah blog aku dah ada baby ticker. 




    Kat FB pulak dah ada baby week progress. :DD



    Aaa rajin kan aku. Heheh. Aku baru ada semangat balik nak membelek. Woooo hampir lupa nak update yang ;

    25 February - its my 23rd birthday. !!

    4 Mac - my baby Yapie 2nd birthday. !!

    Hari jumaat ni baru nak celeb besday Yapi. :)

    Attention kepada follower blog bmydania.blogspot @ AIMI SYAZWANI @ When the heart speaks...

    Kat sini aku nak bitau korang seme yang blog kawan baek aku dah hilang. Uwaaa aku turut bersedih. Eh kalo korang tak ingat or tak perasan yang mane 1, ni ade banner GA dia. Ramai jugak yang join GA ni kan. 


    Dah kenal sape? Wuuuu sian dia tau. Dia sangat3 sedih & terkilan tu. Kalo benda ni terjadi pada aku tah cemane la kan. Aku yang pemalas ni memang dah takkan wat blog dah rasanya. Tapi kawan baek aku yang tabah ni dah wat blog baru kejap tadi. Bukan ape, dia ada entri yang perlu di update sebenarnye. Pasal hadiah GA dia aritu. Ramai yang tertanya2 hadiah apa yang pemenang GA tu dapat. Okeh ni link blog baru dia. 


    Eh kalo korang ada cara nak solve problem dia, tolong la dia k. Dia sayang sangat kat blog yang hilang tu. Kalo korang pon kompom sayang kan. T__T

    Sabar ye aemy. :(

    Sunday, February 13, 2011

    Panduan Nama Anak Dalam Islam


    1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
    2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
    3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
    4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
    5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
    6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
    - Abdullah dan Abdul Rahman
    - Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
    - Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
    - Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
    7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.Seperti:
    - Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
    - Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
    - Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
    - Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
    - Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
    8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
    - Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
    - Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
    - Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
    - Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
    - Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
    - Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
    - Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.
    9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
    Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

    Thursday, February 3, 2011

    Nak kongsi kegembiraan -UPDATE !

    Okeh semalam kat entri ni takde gambar kan.


    Alhamdulillah positif. :)
    Kami tak merancang nak baby dalam masa terdekat ni. Hehe. Rezekiiiii. :D

    Wednesday, February 2, 2011

    Nak kongsi kegembiraan

    Nak sangat kongsi kegembiraan ni ngan korang seme. Eh tapi nanti takut dikata terlebih excited pulak. Alhamdulillah rezeki. :)



    Tuesday, February 1, 2011

    TRW supporter

    Walaupon badan tak sihat. Loya-loya, nak makan pon tak selera, pening-pening lalat aku nak jugak g stadium semalam. Even game semalam tak bape nak hangat, aku tak serik nak tengok lagi. Penyokong TRW yang tegar nih. Huhu. Tanak cite banyak sebab siyes tak larat dan takde mood. Dah seminggu lebih dah camni. Semangat takde. Letih je. Aduyai nape ek agaknye. 

    ni la 'BF' yang selalu ajak aku tengok bola. hee.

    mashimaro tido aku ni kene minat TRW jugak! harus!

    Eh aah lupa nak bagitau. Semalam before game start ade ade ade emmmm tengoklah video neh.... ;

    Piala Malaysia & Piala Sumbangsih di bawak berarak keliling stadium.

    Stadium memang penuh gilos la semalam. Walaupon dalam video tu anda nampak kat astaka belom penuh kan. Aaa tapi masa game start mmg xde 1 pon seat kosong. Hebat kan fans TRW. Sape nyampah diam diam k. Hehe. 

    p/s : nak kena beli jersi baru lah. jeles tengok orang pakai jersi baru. wuwuuuu T__T . natasha che rahim, awak jangan beli selagi saya tak beli k. harus saya jeles ngan awak nti! HAHA.

    Monday, January 31, 2011

    Krisis sebenar darurat di Mesir | Masyaallah my niece ada kat Mansoura!

    Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

    edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

    edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

    Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

    Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


    1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

    Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


    2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

    Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
    Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


    3. 5000 banduan terlepas dari penjara

    Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
    Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
    sumber: http://goo.gl/KDkfI


    4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

    Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
    Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
    edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
    http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


    5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
    Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
    Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


    6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

    Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
    Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


    7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

    Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
    Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
    Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
    Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

    Atau melalui:
    Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
    Twitter: DyyaDizarch
    Blog: Nadia-ism
    YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
    Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
    - Nadia

    8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

    Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

    9. Bacaan berguna

    Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

    1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
    2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
    3. What’s happening in Egypt
    4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
    5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

    dipetik dar
    http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

    p/s : risaunya kat kakwa. :(( hope kakwa & yang laen-laen dijauhkan dari musibah. Ya Allah lindungilah mereka. aminn.

    Tuesday, January 25, 2011

    Salun Chinta Fasha Sandha

    Masa hangat orang dok bercerita kes Fasha Sandha putus nga Jejai, aku kalo boleh nak tutup telinga dan pejamkan mata. Biarpun ramai dok kutuk dia bukan2, tapi aku tetap nak pikir positif. Setiap orang pun kehidupannya ada turun naek. Tak boleh kita nak kutuk-kutuk. Hidup kita pon belum tentu akan sentiasa bahagia betul tak? So biarkan Fasha dengan hidupnya, jangan dok kutuk2 tambah tekanan kat dia & tambah dosa kat diri sendiri. Huhu. 

    Baca KOSMO arini, nampak tajuk Chinta salun sulung Fasha. Dalam hati aku WOW!! Fasha sandha pulak dah menceburi bidang bisnes2 ni. Lepas Dato' CT ngan SimplySiti nye kali ni Fasha Sandha ngan salun Chinta dia. Salun Chinta dia ni akan dirasmikan pada 14 Februari 2011 kalo tak silap. Nama salun tu pun sempena ngan drama Chinta lakonan dia.

    “Chinta Chanduri adalah nama saya dalam drama itu. Chinta sungguh bertuah kerana dirinya tak lekang dengan kasih dan sayang. Justeru, saya mahu salun ini mempunyai aura yang sama antara saya dengan para pelanggan yang berkunjung,’’

    Yang wat aku tertarik sangat2 sebab gambar-gambar dia cantekkkk sangatt! Oh Fasha Sandha!!!

    tengok ni! warghh! 
    nak fasha sandha blow rambut aku!! keskes. 

    Papepun sama-sama la kita doakan yang terbaek sesama manusia. Tak guna kita nak ketawa melihat kejatuhan orang kan. Gudluck Fasha Sandha. Dan yang pastinya untuk tiga bulan pertama, Chinta mengatur strategi dengan memberi promosi sebanyak 15 peratus ke atas semua perkhidmatan. Cuci dan blow rambut cam biasa lah RM15. Bukan kelas-kelas mak datin je mampu, korang-korang pon boleh. Kehkeh. 


    p/s : yang penting salun dia kaler purple! faveret kaler aku! pengsann *__*


    Nak saya terjah?