My second baby week progress.

pregnancy due date

Monday, November 29, 2010

Apa nak jadi?

Ternampak 1 wallpost dari Abby Abadi Lurvly Fanpage. For those yang dah baca paper Metro hari ni dia tau r pasal suami tukul tukul kan bini sebab dedahkan kat ketua kampung pasal perbuatan maksiat dia. Aku tertanya tanya la kan, "waras ke jantan ni?" Bini yang kau pelok cium romen dulu boleh kau ketok ketok wat bini macam paku je kan? Ke kau ingat bini kau tu tempurung kelapa?? Dah tak tau ape nak ketok agaknya. 

Aishh aku emo betul la kalo ade stori pasal laki seksa bini ni. Dah la curang, wat maksiat sesuka hati. Bini yang bodoh sangat sayang kat kau tu sabar je. Pendam je perasaan kan. Aku pon malas nak panjangkan bebelan aku ni, kang ada jugak terkeluar ayat maki makian, sumpah sumpahan dan natang setang semua ada kang!
 
report polis je senang!

Ni sape la yang tulis?

Marah benar suami curang..?? 

Garuk kepala jap. Sebenarnya penulis ni yang silap atau aku yang lembab sembab & tak paham. Ape maksud dia. 

"Suami yang curang tu marah benar" 

atau 

"bini tu marah benar laki dia curang" 


p/s : curang kasik parang! (tukul tukul tak maen! tumpul!)

(gambar ihsan dari Abby Abadi Lurvly Fanpage

Saturday, November 27, 2010

SimplySiti

Tak pernah tengok dan belek produk ni secara dekat. Tengok lam iklan tv & gambar je. Iklan diaaaa fuh! Cairrr la aku dengan Siti ni. 

Santeknyaa!! T______T

gambar ihsan : SimplySiti Sdn Bhd

Speechless! cantek sangat. T__T (meleleh air mata, air hidung) Hahaha.


p/s : nak beli produk dia dengan dia datok k sekali T__T (mampu la sangat kau ni! dush!)

Friday, November 19, 2010

Futsal

Las nite bawak yapi ikot papa dia pegi futsal. Actually papa yapi ni tiap tiap malam maen futsal. Tak 2 jam, 1 jam. Tapi semestinya setiap hari. Selalunya jarang sekali baru bawak yapi. Sebab yapi ni susah nak kontrol dia kat sana. Dia punya naek angin tengok bola memang macam masuk antu. Tak dengar cakap. Nak jugak masuk dalam court.

Kalo tak bawak kang, aku pulak yang tertido kat lua court tu. Papa dia selalu ajak aku pegi sekali tapi aku je malas. So malam tadi papa dia sungguh sungguh nak bawak sebab sejak 2 hari lepas yapi dah pandai tendang bola ke langit dah. Hee.

Aaaa jangan tak tauu, yapi selalu tengok bola. Sebelom tendang tu dia pegang bola letak dekat ngan mulut, focus 2-3 saat dulu then lambung bola pastuhh dummm tendang! Hahaha. Alaa macam lagak goal keeper tu la. 

aa nampak tak red warrior kecik tu??

focus kononn!

Takde geng nak maen.

Papa suh keluar. Hehe. Orang dah nak stat maen.
(baju putih dalam court tuh papa yapi)

"Papaaaa.. masuk nakkkk.. masuk nakkkk!!"

Hehe tula yang keluar dari mulut yapi time kena keluar dari court. Hehe. Papa bagi bola sbijik nah maen kat lua. Mula mula keluar tu ok jela. Bila dia bosan maen kat lua, nampak pulak papa dia rancak maen dalam court, ape lagi naek angin la dia nak masuk jugak. Dah tau mana pintu masuknye, ke situ jela hala tuju dia.

Aku yang jaga kat lua ni mengalahkan orang maen futsal letihnya. Uwaaa tahun depan la pulak ikut papa ye yapi! (Tahun depan tak lama dah) Haha. 


layan video cket. naseb budak kena maen bola kat lua court.

p/s : mat yapi aka shahrul idlan talaha. :) 


Thursday, November 18, 2010

Rx-Lite

Macam nak try je produk ni. Ikhtiar lagi untuk turunkan berat badan yang semakin lama bagai di pam pam. T__T. Biras aku dah guna produk ni & dah nampak badan dia semakin slim lepas bersalin kan baby dia. Sekarang baby dia dah 3 bulan dia dah slimm walaupon tak breastfeeding kan baby dia. Maybe jugak sebab kadar metabolisma dia tinggi kot. Hemm takpe2 aku nak jugak try nanti. :D

Sejak aku stop breasfeeding kan Mat Yapi awal tahun hari tu, badan aku memang naek mendadak. Tak penah badan membelon sampai macam ni sekali. Aku stop menyusu dia pon bukan atas kehendak aku. T__T 
Apakan daya ku. Huhu. Sedihnyaaa. Nak slim balik. 




p/s : susut 10 kg pon hepi tahap guling guling dah aku nanti. Insyaallah.


Wednesday, November 17, 2010

Update !!

Saje je nak kasi tau yang saya dah ada eyeliner baru! Hehe. 

Tadaaa!!

(gambar ihsan Google, kalo snap pon macam ni jugak rupa dia)


Pakai la jugak cket. Nak pakai banyak banyak tak reti. :P


Dah try dah pakai pagi raya tadi. Hemm boleh tahan ketar la jugak tangan aku neh. Hahaha. Usaha tangga kejayaan. Tiap tiap ari nak berlatih pakai la kalo camni. :P

p/s : lagi ada sesape nak belanja? nak penuhkan 1 beg mekap. haha. baru boleh pandai agaknya nanti kan kan kan?? :P



Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha.

Salam. Selamat Hari Raya Qurban. Today aku beraya kat umah family mertua. Berpagi raya kat sana. Pagi lagi kami dah gerak balik ke umah mertua yang jaraknya dalam 50 meter dari umah mama aku. Jauh nyaaa. Hehe. 

 Kat umah mertua aku hari ni tumbang sekor lembu. Insyaallah esok (raya kedua) akan tumbang lagi sekor. Tak tau la nape wat asing asing. Maybe sebab tahun lepas kalut sangat kot tumbang dua ekor sekali gus. Hehe.

Pagi raya kali ni lega sikit sebab Mat Yapi tak meragam. Yela sejak dia lahir, ni la 1st time dia tak meragam di pagi raya. Walaupon nak ajak bergambar tu agak susah sebab dia sebok maen bola dengan kazen kazen dia, tapi dapat la jugak capture moment di pagi raya. :D


Heee. Ni hasben tersayang. Las nite maen futsal. 3pagi baru tido.
Pagi ni lapah lembu! Tak reti penat!

Papa & Yapi. Yapi bz sangat. susah nak ajak bergambar.

Kami sekeluarga. Mama Papa Yapi. 
Tahun ni raya Qurban kami sepakat pakai jubah. Actually jubah aku & hasben dah lama kami beli. Kitorang kirim kat abang ipar (abg hasben) yang study kat Mesir belikan.. Bulan Jun lepas abang dia balik ke tanah air. Jubah seluar yapi pulak my mama yang buatkan. Nak beli macam takde je kan. So beli kaen dua meter, nenek yapi jahitkan buat tekak kurung. Comel kan. Hee.

p/s : berkorban apa saja, harta atau pon nyawa. ecehhh!


Monday, November 15, 2010

Help Me!

Tolong!! tolong!! 

Warghhhh jangan gabra ea. Hehe. Aku memang perlukan pertolongan. Tolong ajar aku mekap boleh? Sesape yang pandai, yang terer & yang dah ada "ijazah" dalam bidang mekap mekap ni please help me! Warghhh lagi!

Actually dulu aku tak pernah mekap & memang tak reti dan bungoks la dalam bab mekap mekap ni. Dahla tu takde minat lansung nak belajar. Ada kakak & kawan kawan ajar pon tak guna sebab memang tak iklas masok dalam kepala. Haha. 

Sekarang ni aku semakin minat, semakin nak tau dan semakin nakkkk sangat belajar. Sila ajar aku dengan free boleh? Hehe. 

Sejak bulan puasa aritu sikit demi sikit alat mekap aku beli. Tapi aku tak reti sangat nak pilih. Aku taram benda yang asas je contoh macam eyeliner kaler itam, compact powder, lipgloss & lipstick. Mascara & liquid eyeliner ondaway. Esok lusa ada la tu. Hehe. 

Eyeshadow aku tak reti nak pilih & taktau nak pakai. Aku calit sikit sikit je pakai mak aku punya eyeshadow yang kakak aku bagi kat dia. Dah tak reti wat cara tak reti. Jangan nak memandai pakai sendiri. Kang tak pasal pasal encik hasben cakap mata dah macam lutong! Haha. (Selalunya macam tula dia kritik org yang pakai eyeshadow melampau lampau)

Suka sangat baca blog yang ade tutorial mekap. Boleh la aku slow slow kayuh. Bak kate bestfren aku Natasha Che Rahim, dia pon maen hentam jugak, lama lama reti la. Hehe. Aku selalu baca blog kakak aku & kakna (kawan fb). Banyak jugak benda yang aku boleh belajar bab mekap mekap ni.

Ni contoh mekap mata yang aku suka. Simple je.
p/s : gambar ihsan di paw dari blog kakak aku. :D

Ni pon aku suke. Nampak simple tapi cantekkk!
p/s : sori kakna paw pic cantek ni. sape suh cantek sgt! hehe.






p/s : so, ada sesape nak ajar aku dengan free tak? hehe.



Sunday, November 14, 2010

Baju Ball.

Salam semua. Ehee agak lama sudah aku tak update blog buruk aku ni kan. Cerita banyak tapi setan malas ada di hujung jari ni. FB pon aku malas nak hadap sangat. Kejap kejap boleh. Hehe. 

Yeay yapi sekarang dah pandai bercakap. Pandai sangat sangat dah. Penat nak dengar. Dia pon dah kenal mana baju mama, mana baju papa. Barang barang dalam rumah semua dia tau sape punya. 

Actually semalam, before papa dia nak g maen futsal, papa dia siap siap. Lepas dah siap tuh, papa pon keluar bilik then yapi terpandang papa

   "Aik! baju ball mama!" berulang kali dia cakap.

Sambil jari menunding ke arah baju yang di pakai oleh papa. Hahaha aku dan mak aku punya bantai gelak. Papa yapi pulak senyum senyum malu.   Know what? Papa dia pakai jersi THE RED WARRIOR aku je. Actually papa dia memang ada jersi tuh jugak tapi kaler putih, aku punya kaler merah. 

Yapi punya la alert kan. Hadoih. Papa peluk cium yapi dengan rasa bangga sambil cakap kat yapi "Papa pinjam je, hehe"My hasben memang dah cakap awal awal nak pinjam baju tu wat maen futsal malam tu. Tak sangka pulak yapi boleh tegur dengan nada yang kuat pulak tu. Sangat bijak! Good sangat anak mama & papa. 

Dia selalu panggil jersi tuh baju "ball" sebab dia tau tu kami pakai time nak tengok bola. Dia pon nak jugakkk. Heee aku dah belikan malam seblom kami nak bertolak ke KL untuk final di Bukit Jalil. Suka sangat dia. Siap nak pakai buat tido. Tanak bukak. :D

Red Warrior


Red Warrior kecik.




p/s : naseb baek dalam umah, kalo depan orang ramai macamane agaknya reaksi papa ea? hehe.



Nak saya terjah?