Tolong!! tolong!!
Warghhhh jangan gabra ea. Hehe. Aku memang perlukan pertolongan. Tolong ajar aku mekap boleh? Sesape yang pandai, yang terer & yang dah ada "ijazah" dalam bidang mekap mekap ni please help me! Warghhh lagi!
Actually dulu aku tak pernah mekap & memang tak reti dan bungoks la dalam bab mekap mekap ni. Dahla tu takde minat lansung nak belajar. Ada kakak & kawan kawan ajar pon tak guna sebab memang tak iklas masok dalam kepala. Haha.
Sekarang ni aku semakin minat, semakin nak tau dan semakin nakkkk sangat belajar. Sila ajar aku dengan free boleh? Hehe.
Sejak bulan puasa aritu sikit demi sikit alat mekap aku beli. Tapi aku tak reti sangat nak pilih. Aku taram benda yang asas je contoh macam eyeliner kaler itam, compact powder, lipgloss & lipstick. Mascara & liquid eyeliner ondaway. Esok lusa ada la tu. Hehe.
Eyeshadow aku tak reti nak pilih & taktau nak pakai. Aku calit sikit sikit je pakai mak aku punya eyeshadow yang kakak aku bagi kat dia. Dah tak reti wat cara tak reti. Jangan nak memandai pakai sendiri. Kang tak pasal pasal encik hasben cakap mata dah macam lutong! Haha. (Selalunya macam tula dia kritik org yang pakai eyeshadow melampau lampau)
Suka sangat baca blog yang ade tutorial mekap. Boleh la aku slow slow kayuh. Bak kate bestfren aku Natasha Che Rahim, dia pon maen hentam jugak, lama lama reti la. Hehe. Aku selalu baca blog kakak aku & kakna (kawan fb). Banyak jugak benda yang aku boleh belajar bab mekap mekap ni.
Ni contoh mekap mata yang aku suka. Simple je. p/s : gambar ihsan di paw dari blog kakak aku. :D |
Ni pon aku suke. Nampak simple tapi cantekkk! p/s : sori kakna paw pic cantek ni. sape suh cantek sgt! hehe. |
p/s : so, ada sesape nak ajar aku dengan free tak? hehe.
2 komentar:
mehehehehehe gambar aku jugok glemer.. hihi
haha. aku dh glemerkan mu tuu. bak mascara 1. hahaha.
Post a Comment