My second baby week progress.

pregnancy due date

Wednesday, December 29, 2010

Contest Insan Kesayanganku

Contest Insan Kesayanganku

What a nice contest! Contest ni owner dia sendiri yang invite aku untuk join. Thanks ya Nursyamizahadi. Cepat-cepat aku view belog dia. Excited sangat nak join. Yelah sebut je Insan Kesayangan, opkos la teringatkan my lobely dobely asben. Sayangg dis is for u babyyy. (Hamboihh nak berbaby laby pulak hang ye!)

gambar faveret kami, holiday 1 Mei 2010

Saat-saat kami saling mengenali antara satu sama laen pada 6 tahun yang lalu masih segar d ingatan ku. Masa tu aku masih bersekolah. Aku mula jatuh hati dengan dia sebab cara dia nak ngorat aku tak sama ngan orang laen. Hampir sebulan dia jadi orang misteri yang mengganggu hidup aku tapi bukan sampai tahap aku nak maki la. Aku mulanya jadi takut sebab mane je aku pegi dia tau. Aku duduk lepak depan umah pon dia tau. Siap mesej tanya buat ape pegi sana? Buat ape kat sana? Las-las bila dapat tau, rupanya dia jiran aku yang sebelum ni aku tak penah amek tau pon sape dia. Katanya malu nak kenalkan diri dia. Bila dah kenal tu, aku tanya dia kenapa dia amek tau hal aku? katanya "sebab awak saya punye." selambe je padahal masa tu baru kenal. Heheh.

Alhamdulillah jiran aku ni adalah suami ku yang tersayang. Sayang sangat kat dia sebab dia sangat bertanggungjawab. Sangat-sangat caring. Bersyukur jadi isteri dia. Dia bukan je suami aku tapi dia juga kawan baek aku yang ape je cerita  aku boleh stori kat dia, aku boleh ngadu walau ape pon masalah kat dia. Dia pulak jenis senang nak paham. Satu kepala pulak ngan aku. Kitorang kaki berjalan. So tade hal la kalo nak ajak dia holiday memang dia akan saving duit awal2. 

Aku sayang dia ape adanya dia. Aku tak mengharapkan ape-ape melainkan kasih sayang dari dia. Dia pon jenis yang sabar dengan kerenah aku. Sabarr je. Tu yg penting. Dia bukan jenis yang cepat melenting atau merajuk. Aku ni jenis cepat panas. Dia la yang banyak mengajar aku erti sabar. Katanya "kalau awak rasa nak marah tu, tarik nafas dalam2 & lepas dgn tenang," tapi aku ni kdg2 hangen jugak. Menyampah aku ngan aku ni, heh! Dia pulak jenis yg lambat panas & cepat sejuk. He's my cool man yaww. Hee. Sayang jom g Perhentian Island! Dush dushh lebih3 ye kau!

Tag seberapa ramai yang boleh. Okeh aku tag korang!


Sesape nak join tu meh ke SINI meh! :D

p/s : heh panjangnye tah sape nak bace. takpelah sebab aku tak penah wat entri spesel for my asben sayang ni. hemm nti aku wt. tp yang ni pon dh cukup panjang aku rase. :P

Champion AFF Suzuki Cup 2010

Sekalung tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi. Bangga la aku weii. Terjerit-jerit tengok bola sampai anak aku pon dah gelak-gelakkan aku. Kamu pandai ngejek mama kan Yapiee. Ngeeee.!!

Bola Malaysia sekarang dah makin improve la. Tak macam dulu. Best tahap gaban la bagi aku. Best moment of the macth nya time penalti tu lah. Great job lah Apek! Salute u. Norshahrul pulak memang faveret aku. Dia kalo ade Aidil Zafuan, for sure lagi meletup la game tu. Safee Sali, aku dah tau dia akan sumbangkan gol las nite. U r my man la dear. Ngeee. Pang!!! kene penampor! Eh aku dah belaki. Gelenya weh! 

Aku mengaku aku terharu sangat sampai hampir-hampir mengalirkan airmata saat lagu We Are The Champion berkumandang. Korang rase tak?

Ok Tahniahhhhh!!

Proud to be Malaysiannn!!

gambar url : AFF Suzuki Cup 2010

p/s : also proud being Kelantanese! ngeee Piala AFF dah abes. Ok jangan dilupakan Piala Sumbangsih k. Tanak gadoh2 ngan Selangor. Persaingan sehat k. Smile :)


Tak dapat KFC, dapat EFC pon jadi laa

Semalam my asben cadangnye nak bawak kitorang makan KFC malam nti. Huuu tapi disebabkan petang tu my asben ade macth futsal, so dia dah penat la plk. Tetiba kepale otak aku yg geliga ni teringat pada EFC. Ouuhhh atau dengan nama laennya Edlee Fried Chicken. EFC ni leh kate dekat aje la ngan umah aku. KFC ni jauh. Kalo tak kat Machang, kat KB atau Kubang kerian lorr.

EFC pon EFC la. Asal tekak ni dapat rase ayam goreng. Kitorang g Edlee kat Kok Lanas beli tapau balik makan kat umah sebab anak bujang ku mengantuk. Kalo mengantuk memang dia meragam la time tengah makan kat kedai tu. Dah paham sangat. So baek beli tapau & makan dengan tenang kat umah.


Kalo kat Kelate ni EFC ni agak pemes. Cawangan pon banyak. Yang dekat Kok Lanas ni pon baru je bukak bulan Ogos kalo tak silap. Rase boleh tahan la sedapnye. Ade rasa original & spicy jugak. Coselaw & mash potato pon ada bahhhh. :D

p/s : 2-3 ari ni tak terasa nak makan nasik langsung sampai gastrik2 malam td. sanggup berlapar tapi tanak makan nasik. 

Sunday, December 26, 2010

Teringin nak pakai shawl

Sambung balik ayat atas,

Teringin nak pakai shawl, TAPI muka besar gedabak macam aku ni sesuai ke? Tentu dah akan nampak muka aku sebesar alam. T__T

Tengok adik aku pakai lawa je. Tengok korang-korang pakai shawl pastuh dress up ala arab gittewww ngan cardigan labuh nye cun sangat. Aku ni sahkan shawl, kalo pakai cardigan labuh pon dah rasa macam buah nangka pakai barut je. Buah nangka pulak size XL. 

Pakai shawl cantik, nampak kemas je. Nak nak sekarang dah ade jenis inner tudung syria tu. Huuu aku cukup suke. Yang latest pulak yang jenis gipsy tu! Hahhh!! pengsan! Nak jugak3. 

Kalo pakai kemeja, senang la takyah pening2 nak masukkan tudung dalam baju. Shawl nipis je kan, lilit sane sini dah kemas dah. Selalu aku pakai tudung awning tuh aku masukkan dalam baju. Silap silap nampak kembung.


Muka bulat macam tak seswai je pakai kan. Tak berani nak try. Takpelah wat masa ni, dah luah perasaan kat cni. Cukup la tu. Hehe. Lagipon kalo aku boleh pakai shawl skalipon, tak kekal lame jugak kat kepale. My baby yapiee tu memang sangat caring punye anak, dia mmg suke nak 'betul' kan tudung mama dia. Yela mana tau senget sane sini kan. Dah siap 'betul'kan tu dia boleh cakap "comei angatttt.." Ngehngeh. 

Nak shawl cantik dan murah? 


Sempat lagik nak promote kan. Kawan aku punye belog. Mempromote tanpa keizinan. :P


Thursday, December 23, 2010

Contest Si Manjaku Comel



Join contest pulak! Ni contest kedua anjuran Mashimalo's Heart sempena baby comei diorang Muhammad Ar-Rayyan dah botak & sempena nuffnang dorang meningkat! Kaya la kauuuuuu!! (dialog upin ipin) Hehee.

Ahmad Hafiy Muayyad bin Ahmad Hafizuddin
1 Tahun 10 Bulan

Ok kenape aku buh gambar ni? Ehh korang tak tanye eh? Iskk iskk sob sobb.. Takpela nak bitau jugak nape aku buh gambar ni. Sebabnye ni pic Yapiee yang latest di captured oleh my adik. Memang agak selekeh dah Yapiee time neh sebabnye kitorang baru balik dari sekolah adik aku g amek result PMR. Dia tanak bukak baju. So button atas je yang sempat di bukak dia dah cabutttt larikkk. 

Hadiah contest neh masih lagi di selubungi misterious! Jengjengjenggg!!

Okeh nak tag 5 orang :
Sesape yang nak join, sila ke SINI k. Cepat3 !! Sebab tarikh tutupnye esok! Kul 0230 pm!

Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR

Mengejutkan. Aku dapat tau berita ni petang semalam. Hasben aku balik keje terus stori kat aku. Dia pon dapat tau dari ayah sedara kitorang yang ada kat tempat kejadian tu rasanya. Tak hairan la nape jalan depan umah aku busy sangat petang semalam sebab jalan utama jem teruk. Jalan kat kg aku pulak merupakan jalan alternatif kalo jem teruk kat jalan utama tu. 

Kejadian ni berlaku kat simpang 3 Selising - Kok Lanas. Masyaallah dekat je dengan butik kakak ipar aku. Kat sini memang selalu terjadi eksiden yang melibatkan kematian. Dulu takde traffic light. Tapi sejak ade traffic light pon ni dah kali ke 3 eksiden rasanya. Traffic light baru berfungsi sebulan lebih kalo tak silap aku. (Maaf kalo aku salah ye! anggaran aku je)

Menurut sumber : pinkturtle2.wordpress.com







Bayangkan.. lori pasir tayar sepuluh yg penuh sarat dg muatan pasir menghempap 2 beranak yg sedang menunggang motosikal di simpang empat lampu isyarat.. dua beranak ini sedang menunggu lampu isyarat hijau untuk membelok ke arah kanan,tiba-tiba dilanggar lori yang beratnya beribu-ribu tan, dan lori terbalik ke atas mereka… bukan setakat motosikal,2 biji kereta juga turut hancur..dashatttt,Dashattt… keadaan yang dahsat dan amat2 mengerikan…  nak gambarkan keadaan mayat dua beranak itu memang tidak tergambar oleh sesiapa sahaja yang melihatnya tadi, kalau perhati betul2 gambar di atas kita akan nampak mayat Allahyarham Siti Aisyah berada tepat di bawah rim lori …tayar sudah tercabut.. gambar ibunya saya tak sanggup untuk  paparkan di blog ini…






Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR

23/12/2010 8:06pm
KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.
Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.
Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Utusan


Al-Fatihah.
*Las night aku g beli sate berdekatan tempat kejadian, sisa sisa dah dibersihkan. Menurut kate abang jual sate tu, lori terpaksa di angkat menggunakan kren sebab kalo di heret, di khuatiri mayat mangsa hancur. Masyaallah. Nauzubillahhiminzaliq.


p/s : kedai warna biru dalam 1st pic kat atas tu Shazie Bridal Boutique milik kakak ipar aku. tak bukak pulak ye semalam. ngehngeh.

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Tag from my lovely fren : Aimi Syazwani.

Mama Kembar 3 buat 1st giveaway sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-6. For sure la aku join kan. Sebab aku selalu folow latest entri belog Mama Kembar 3 ni. Antara entri yang aku suke bace Detik Kelahiran Si Kembar 3. Aku pulak yang terasa ape yang mama tu stori. Feel lebih tau. Terharu sakit happy geli seme ade. Tak caye try bace. :D

Hadiahnye GA ni pon wow!! Ada rezeki ade la kan. Ok pade sape2 yang nak join rujuk SINI ye! Mengikut syarat aku kena tag 3 orang. 

Aku tag : 



*Semoga Mama & Papa si Kembar 3 bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Happy Anniversary!*




p/s : bile agaknye nak buat my 1st GA. 

Wednesday, December 22, 2010

Alhamdulillah, Tahniah adik ...

Baru sampai rumah. Pegi SMK Zainab 1 bawak adik aku g amek result PMR. Alhamdulillah dapat  8A's. Segala usaha & doa dia dah termakbul. 

Hepi sangat tengok gelagat adik adik yang amek result arini. Budak sekolah Zainab 1 je dah 115 orang dapat straight A's. Bangga kann. Menjerit jerit hepi dah macam histeria dah. Hehe. Yang menangis nangis kuat pon ada. 

Bangganya adik naek pentas.

Adik aku ni, sejak abah meninggal bulan April lepas, perasaan dia mmg terganggu. Asyik nak menangis nak abah je. Risau jugak takut dia takleh fokus. Alhamdulillah masa nak dekat PMR dia bersemangat study bersungguh sungguh. Aku pon penah tunggu dia study masa study week dulu. Kul 3 pagi baru slow slow nak tido. Aku yang ngadap FB pon dah rabak mata neh kan.

Alangkah bahagia nya kalau kejayaan ni dapat dikongsi bersama abah tersayang dah telah pergi buat selamanya. Terbayang bayang wajah kegembiraan abah masa aku kat dewan tadi. Tengok bapak bapak orang laen peluk anak masing masing, aku pon terasa sedihnya sebab adik aku dah takleh pelok abah. Aku sambut dia turun dari pentas dengan pelukan. Taknak dia terasa kosong. :)

Al-Fatihah buat abah. 

Tuesday, December 21, 2010

GiveAway Dunia Aku Ibu Muda

Tag dari Mia. Thanxs sebab tag GA ni kat Haa. Muahh3 !


Hadiahnye menarik tau. Hee. Kalo nak join & nak tau lebih lanjut, terjah entry GA kat belog Dunia Aku Ibu Muda ni k. :D

Aku tag :
DONE !

p/s : 1st time join GA. hee.

Sunday, December 19, 2010

Oh Yapiee

Selalu kalo aku tengah on9, lipat kaen atau wat pape keje, kalo Yapie datang nak kacau ke nak usik usik tentunye aku akan cakap kat dia, "Yapieeee dont touch !!" Ok dia diam dan terus g wat keje dia. 

Then, baru sekejap tadi aku ngah asyik berbelogwalking, Yapiee datang kat mama dia ni. Nak duduk atas riba je tapi tak kacau pon. Ok gud boy. 

Dalam tangan dia ada huruf huruf ABC yang dia selalu maen. Penuh dua belah tangan. Aku pon layan la dia. 

Lebih kurang camni la mainan ABC dia tu.
Yapiee panggil mainan ABC, mainan ABC gak la aku.

Mama  : Ehh yapiee ade ape tu kat tangan yapieee?

Yapiee : ABC ni.

Mama  : Meh mama tengok huruf ape ni?

Yapiee : Mama dont touchhh!

Mama  : gulp! (terkesima) 


Pandai anak mama, dah tau bila masa nak guna ayat tu kan. Mama jugak yang terkena kan kan kannn. T__T



Alhamdulillah, Yapiee dah kenal huruf. Dah banyak dah huruf huruf dia boleh pasang sendiri. Dia tau kalo dia silap pasang dia akan cakap, "Ehh bukanlah," bangga tahap kembang hidung tengok perkembangan dia.

Saturday, December 18, 2010

Apa tujuan sebenar orang add FB kita?

Hah! hari ni aku sikit sentap sebab baru dapat tau seseorang yang aku tak approve kat FB aku, suh orang terdekat dengan dia add FB aku then siap send msj kat inbox mintak aku approve dia. Aku yang bengap tak tau ape ape approve la orang tu. Dah 2-3 bulan baru aku tau sape orang tu. Demmit!

Bagi aku la, tujuan sebenar orang add FB kita ;
  • Orang tu betul betul kawan lama kita samaada time skolah rendah, menengah, masa PLKN or what so ever la.
  • Junior masa skolah dlu nak kenal akak2 & abang2 senior.
  • Teman sekolej.
  • Even tak kenal, tapi muka familiar.
  • Jiran jiran, kawan sekampung.
  • Betul betul iklas nak berkawan.
  • Tengok profile pic baekk punya, terus add.
  • Nak kenal ngan adik beradik or cousin cousin kita.
  • Kita artis, so dia nak tumpang glamer. (hahaha!!)
  • Nak tau hal tepi kaen tentang kawan dia yang berkawan ngan kita, nak tau ape yang kawan dia komen2 ngan kita. 
  • Saje add, pastu bia. Komen pon tak, say hai! pon tak.
  • Kawan dia yang suruh dia add kita sebab kita dah block kawan dia tu. 
  • Nak menggatal ngan balak/awek orang. Nak tambah skandel.
  • Nak menambah koleksi fren dia, konon dia ramai kawan. *yang ni takleh blah. hahaha ade ke? 


Pada yang niat baek tu bagus la. Tapi pada yang hati berbau longkang tu, better jangan kacau hidup orang. Wat hal sendiri.


Ok dah. Babaii. 


p/s : kalo ade sesapa nak tambah, share la ngan aku ye! ni sekilas je. tiba tiba idea mari. on d spot aku taip. lalalalaa.


Wednesday, December 15, 2010

Semangatnya Penyokong Kelantan

Semangat. Mana mana team Kelate maen, ade je penyokong nye. Bukan sebijik dua bijik bas yang pegi, tapi melampaui 100 bijik. Yang konvoi lagi, 1 geng dah 5-6 bijik kete. Geng geng laen? Apatah lagi time final. Stadium memang sarat!

Yang stay kat lua Kelate pon sanggup balik kampung sebab nak tengok bola kat stadium negeri sendiri. Ade yang balik hari je. Sebab esoknye keje.

Rakyat Kelate ramai yang stay & bekerja di KL. Boleh di katakan kalo dah turun KL tu jangan malu la nak speaking Kelate. Nak oder air 'milo beng' pun tak risau. Pelayan kedai tentu paham punye.

Kelantan tak banyak hiburan. Panggung wayang takde, karoke pon tak banyak & tak meluas. Bola boleh di katakan hiburan no 1 rakyat Kelate. Tapi rakyat Kelate bukan jakun jakun. Bukan tak up to date. 

Rakyat Kelate memang kuat dengan semangat kenegerian. Bab sokongan sesama rakyat, yang tak kenal jadi kenal. Asalkan Kelate, kawe bereh bohh. Banyak sangat kalo nak stori satu satu. Tapi takut korang bosan lak membacanya. Ehh panjangnya melalut. 

sek kito jange pecoh!

tuh dia lautan merah. meremangg..


Huu masa Final Piala Malaysia ritu, mmg ramai gila penyokong Kelate. Sah kan seat, atas tangga, corridor pon ade orang duduk! Semangat.
Tu yang kat dalam stadium. Yang dok belegar-legar kat lua sebab takde seat tu lom cite ag. Sebab ramai kena perambat bila dorang duduk kat space N9.
Haprak la tiket jual, seat tak bagi duduk. Bila tak dapat duduk tuh ada yang mengamuk. Tiket 30 hengget. Boleh wat gadoh. Kehkehkeh. Aku la tuhh. 
Aku berdiri dekat space seblah N9 tu. Banyak polis kat situ. Seme yang ade aku jeling tajam membunuh. Tapi, ade dorang kesah kat aku?? Haha.  
Tadehal la kena berdiri pon. Masa suku akhir Kelate vs Selangor kat Stadium Sultam Muhammad ke iv pon aku berdiri. Dari mula sampai abes. Sebab stadium full naseb tak runtuh. Berdiri dengan bangga. Keskeskes.

barisan pemain TRW yang bakal berubah wajah.

Bangganya aku jadi rakyat Kelate. Jangan marah ye sebab entri kenegerian aku ni. Korang pon kenegerian jugak ngan negeri korang kan. Aaa stori cket, nak tau jugakkkk. :P

Entri ini akan di sambung atas permintaan. Pfffttt pada sesape yang nak mengenali lebih dekat dengan rakyat Kelate okeh.

p/s : patutnya di post lepas final Piala Malaysia ritu. ape punya malas aku neh. dush dush. dah lame dah berhabuk dok lam draft.

Monday, December 13, 2010

Songsang

Perempuan tersentuh sesama perempuan?
Laki tersentuh sesame laki? 

Perempuan peluk perempuan? 
Laki peluk laki? 

Tak salahkan melainkan takde perasaan CINTA sesama sejenis.

Kalau ade perasaan songsang tu? Tuhan laknat.

"alaa kapel same pompuan la bagus, pegang tak dosa, tido same tak dosa, peluk cium tak dosa. pompuan paham perasaan pompuan. kalo ngan laki ape pon takleh. dari sentuh kulit laki, baek peluk babi... "

Nauzubillahhiminzaliq.

Friday, December 10, 2010

Untuk Mama

Tau tak ni ape?

Ni kotak merah dalam paperbag merah.



Nih isi dalam kotak tuh.  Pecan Butterscotch.
*damn! cam haremm jeh tulisan tuh. marahnye!


Aaaa nih la besday 'gal' .


* Lilin tuh merujuk kepada 51 tahun ok. bukan 15 kehkeh.

Besday mama 5hb ritu tapi hari ni baru ada masa nak g carik kek & wat surprise. Pakat ngan my asben, abang & adik adik. Balik je dari kb, diam diam aku & asben masuk ikut pintu dapur sambil bawak kek.  Nyanyi ramai ramai.

Hasilnya, menitis air dari mata 'besday gal' tu. hehehe. 

Heppi besday mama. 
Love u. 

Hadiah?? dah bagi. wedges 3inci. taste org muda ea. dia yang mintak. :D



p/s : stil tak puas ati ngan tulisan tuhh! ayat dah power. tulisan cam haremm! hangin plk aku ngan budak secret recipe tuh.


Wednesday, December 8, 2010

Mangsa Sehati Berdansa?

Sein & Nana



Pasangan ke-7 yang bercerai selepas,

Asheed & Sheema

Atilia & Ariff

Dira & Ash

Radhi & Syazlin

Sabrina & Shahrin 

Anne & Wafie

Hakikatnya, semua bukan di tangan Sehati Berdansa.

Cerai hidup, cerai mati
Semua di tangan Allah swt

Tuesday, December 7, 2010

Erk!

Mencintai Dua Lelaki

Nama belog aku. Penah aku guna kan tagline tu untuk update status aku kat FB. 

Akibatnya, ada seorang lelaki emo tiba tiba bengang dengan aku. 

 Aa!! camni la pompuan, tak reti nak setia pada yang satu! Kalo laki mencintai dua wanita tau pulak nak marah kan. Aku memang tak pecaya pompuan la. Semua sama!


 Erk, dengan selambe je aku membalas,

Helo cik abang, emo tak tentu pasal. Bagi salam pun idak. Tau tau datang marah marah kan.

Cik abang emo tu reply lagik,

Ye r, aku taknak dua laki yang kau cintai tu terima naseb sama macam aku.

Aku reply, 
Oo baru lepas putus cinta la ni.

Cik abang emo,
Sebab pompuan jenis kau r.

Aku yang tak emo,

Salah ke nak cintai SUAMI dan ANAK LELAKI dalam masa yang sama?

Cik abang emo macam tak emo dah,

 Erk! sori sori. semalam baru clash. arini emo semacam. btw bagus dapat pompuan cam awak.


Lenkali bagi salam dulu cik abang, tanya kabar. Aku sikit tak bengang sebab ni bukan pertama kali. Yang ni paling aku ingat dalam kepala. Terus delete tagline panas tu. *__*

Monday, December 6, 2010

Melelehhh.



SPEECHLESS!!

Kau tunggu sampai aku datang Jebat!! T____T


p/s : datang tengok aje. 

Selamat Hari Lahir, Mama





5 Disember 1959, mama dilahirkan.
5 Disember 2010, genap usia mama 51 tahun.

Semoga mama panjang umur, di murahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yang baek. 

Kami adik beradik akan jaga mama sebaik mungkin. 
Membahagiakan mama.
Mama amanah arwah abah untuk kami.
Sayang Mamaa.

Rindu abahhh.
Seperti kata mama, anak anak lah harta yang tak ternilai yang arwah tinggal kan untuk mama. 
Jadikan kami tempat untuk mama lepaskan kerinduan pada abah.


*Al-Fatihah untuk arwah abah.

Wednesday, December 1, 2010

Budak itu Manusia.

Membaca post Liyana Lunia, teringat aku pada pesanan opismate aku masa mula mula nak bawak mat yapi stay skali kat shah alam. Dua minggu tinggal ngan mama kat kg.

"Kau tak payah la anta anak ko kat taska, better tanye jiran jiran  ko la, boleh tak tolong jaga mat yapi."

aku tanye "kenape?"

"Aku taknak anak ko kena lumur minyak cap kapak je..."

Hah!! Aku tak paham. 

"Aku penah keje taska dulu, sebulan je tahan sebab tunggu gaji."

Al kisahnya, pengasuh taska tempat kawan aku keje tu dera anak anak tak bersalah tu. Fizikal, mental, zahir dan batinlah.

Nak suh budak budak tido, dorang tenyeh minyak cap kapak kat dahi, kat bwh mata. Dah tu ada yang isi ubat batuk dalam susu.

Kalo ade yang babil tak tido tido, kena pukul la. Cubit la. Kurung dalam bilik. Ada pulak yang besar kena jaga yang kecik. Budak 3 tahun kena pegangkan botol susu si kecik. Pengasuh?? Goyang kakiii, tengok tv. 

Alahaii.. terbayang jugak macamana kalau mat yapi dorang buat mcm tu. Lebih baek aku tak keje la kan. Naseb la time tu jiran aku sanggup nak jaga anak bujang aku. Sampai tanak balik budak tu sebab suka sgt duk umah pengasuh.

Ape la kejam sangat manusia jenis ni kan. Semua pon tak penah ada anak kot. Tak tau betapa susahnya nak lahirkan sorang manusia. 

Bak kata kawan aku,

"Depan makbapak bukan maen cium cium budak tu, belakanggggg...." 
(sila sudahkan ayat ini) 

p/s : maybe tak semua macam tu. Nauzubillah.

Monday, November 29, 2010

Apa nak jadi?

Ternampak 1 wallpost dari Abby Abadi Lurvly Fanpage. For those yang dah baca paper Metro hari ni dia tau r pasal suami tukul tukul kan bini sebab dedahkan kat ketua kampung pasal perbuatan maksiat dia. Aku tertanya tanya la kan, "waras ke jantan ni?" Bini yang kau pelok cium romen dulu boleh kau ketok ketok wat bini macam paku je kan? Ke kau ingat bini kau tu tempurung kelapa?? Dah tak tau ape nak ketok agaknya. 

Aishh aku emo betul la kalo ade stori pasal laki seksa bini ni. Dah la curang, wat maksiat sesuka hati. Bini yang bodoh sangat sayang kat kau tu sabar je. Pendam je perasaan kan. Aku pon malas nak panjangkan bebelan aku ni, kang ada jugak terkeluar ayat maki makian, sumpah sumpahan dan natang setang semua ada kang!
 
report polis je senang!

Ni sape la yang tulis?

Marah benar suami curang..?? 

Garuk kepala jap. Sebenarnya penulis ni yang silap atau aku yang lembab sembab & tak paham. Ape maksud dia. 

"Suami yang curang tu marah benar" 

atau 

"bini tu marah benar laki dia curang" 


p/s : curang kasik parang! (tukul tukul tak maen! tumpul!)

(gambar ihsan dari Abby Abadi Lurvly Fanpage

Saturday, November 27, 2010

SimplySiti

Tak pernah tengok dan belek produk ni secara dekat. Tengok lam iklan tv & gambar je. Iklan diaaaa fuh! Cairrr la aku dengan Siti ni. 

Santeknyaa!! T______T

gambar ihsan : SimplySiti Sdn Bhd

Speechless! cantek sangat. T__T (meleleh air mata, air hidung) Hahaha.


p/s : nak beli produk dia dengan dia datok k sekali T__T (mampu la sangat kau ni! dush!)

Nak saya terjah?