My second baby week progress.

pregnancy due date

Thursday, June 24, 2010

Yapiee demam campak


suke sangat dia dapat maen buai. :))


Hemm. Padahal aku dapat tau ada bijik bijik tumbuh kat bontot cumel dia tuh mase lam 16 JUN lagi. Nape la aku tak alert sangat. Mat Yapiy berjangkit demam campak ngan budik dia (adik aku yang bongsu aka budik sebab budak budak nei pelat nak panggil dia makdik so jadila budik).

 Budik stat kena demam campak masa stat cuti sekolah. Lepas seminggu cuti baru dia ok. (cuti sekolah 2 minggu kan) Masa budik dia 'menderita' kegatalan, Mat Yapiy ni memang suka pegi tampar tampar dan debik budik dia. Memang patut la bejangkit kan. Sebab dia pon budak lagi so memang padan la muka dia. Sape suh buli budik kan. Skrg dia yang kena. Actually hari ni Mat Yapiy dah tak demam dan gatal gatal dah. 

Badan dia start panas masa hari jumaat 18 Jun. Masa tu mama dan papa kalut habes carik klinik sebab risaukan suhu badan Mat Yapiy yang tinggi ni. Tapi al-kisahnye klinik swasta dan kerajaan kat Kelantan ni seme tutup ari jumaat. Yang bukak pon kedai topup je. Ape kejadahnye aku nak sebut kedai topup kat sini kan. Hahah. Hemm aku dan my husband pon dah buntu tak tau ape nak buat then tiba tiba terlintas dalam kepale nak carik ubat secare tradisional. 

Mak mentua aku memang seorang pengamal rawatan tradisional ni. Aku teringat pesan dia suruh g amek 'air tawar' kat seseorang yang berpengalaman aka bomoh kampung masa adek aku kena demam campak last week. So bila my husband tanye ape nak buat skrg sebab klinik seme tutup. Mat Yapiy plk kepanasan dah tubuh dia, aku pon terus cadangkan pegi amek ubat dan air tawar.

Sampai kat umah bomoh kampung tu, dia bagi kami air tawar aka air doa untuk Mat Yapiy minum dan jugak pekakas2 untuk bedak sejuk nak tempek2 kat bijik campak Yapiy. Malam tu Yapiy tido sambil kami bergilir2 lap kepale Yapiy dengan air. Sian dia. 

Then esoknye terus bawak g klinik amek ubat. Baru lega sebab ubat demam dapat menurunkan suhu Mat Yapiy yang pada masa tu tinggi sampai 40 darjah celcius. Wah!! Masa kat klinik doktor terus masukkan ubat melalui  bontot comei Yapiy. Balek umah baru sambung bagi ubat demam itu pon after 5jam. 

Agak teruk jugak demam Yapiy sebab suhu badan dia tak turun sepenuhnya. Malam tu dia menggigil2. Mama dan papa yapiy dah risau sangat sampai kami dua orang bekejasama memeluk erat Yapiy yang ada kat tengah antara kami. 

Tapi kan puan2 dan tuan2, yang aku herannya, Mat Yapiy ni aktif di siang hari. Siap maen bola lagi. Hahaha. Macam tak demam je. Tapi yang membezakan antara Yapiy demam dan normal, dia xnak isap susu sepanjang dia demam. Loya agaknya kan. Dia akan isap time dia dah lena tido. Dalam tak sedar susu habes sebotol. Kalo time tak tido takdenye nak isap. :)

Lega dah sejak semalam badan Mat Yapiy dah tak panas lagi. Even ada jugak dia merengek nak tido ngan papa dan nak papa gosok tanpa henti belakang badan dia. Takpela kan, asalkan dia tenang. Kita pon hati senang. Kesian jugak tengok masa dia demam panas dan gatal2, dia datang kat aku dan gesel2kan belakang badan dia dan kepala dia tak pun dia g gesel kat kerusi ke, meja ke. Naseb ade ubat sapu yang doktor bagi tuh, ubat tu macam bedak sejuk. Tahan la cket gatal dia dan dia tido pon lena. Kesian anak mama. Syukur Alhamdulillah Yapiy dah beransur sehat. Bijik campak dia pon dah kering. :)

p/s : Setelah seminggu, hari ni baru Mat Yapiy kua jalan2 naek moto ngan papa dia. Suke sangat tengok dia. Dah lame tak kua umah kan. Kena kuarantin. Hehe.

2 komentar:

fathiyyahISMAIL said... BALAS

haha . sape suh pijak pale budik yang penuh ngan bijik tu .. saket tao .. :p

*xde pon air twr mse adk kne .

Haa Fakihah said... BALAS

hehe. tu r. mat yapiy siap g klinik. dh mu tanak g klinik. sggup gtl sb malu nk kua. hehe.

Nak saya terjah?