My second baby week progress.

pregnancy due date

Tuesday, July 6, 2010

Aku Dah Slim.

Macam best je tajuk kan. Memang tu lah kenyataan nya sekarang. Tak caye?? Tengok bawah ni ;


T__T ni gambar masa tahun 2006. Masa ni aku study kat kptm Bangi. Masa ni jugak aku dah "berkawan" dengan suami aku sekarang. Tengok la betapa slimnya aku. Mane dia tak sayang kan? Hehehe. Sekarang pon sayang. Dia support aku dalam segala hal yang aku nak buat dengan syarat, tak boleh jauh dari dia. Ecehhh. Hehe.

Aku nak slim balik macam dalam gambar tu. Agak-agak boleh tak? Insyaallah aku akan usaha. Tapi gemok lepas beranak ni susah nak turun kalau tanpa apa-apa bantuan kan. Husband aku pada awalnya nak la aku g slim world terus tapi disebabkan bajet tak mengizinkan lagi, terpaksa tangguhkan. Tangguhkan tu aku tak kesah, tapi memandangkan raya dah nak dekat terpaksa la aku cari cara laen kan. Aku nak jugak melaram kebaya tahun ni. 


Aaa ni gambar aku yang latest. Yang baju ijau tu kawan aku name dia eija. Sama-sama kptm bangi ngan aku dulu. Kitowang jumpa kat McD Connaught. Masa ni akak dia wat besday anaknya. So dia belanje kitowang makan.

Besar kan badan aku. Hemm. Usaha-usaha. Aku dah tak larat dah nak dengar suara2 sumbang menagajar aku dressing. Cakap apa yang aku pakai tak sesuai la. Nampak lemak la. Sah-sah la aku gemok kan. Pakai ape pon tak kene. Apa aku pakai mengikut keselesaan aku. Aku tak perlu teguran sesape. Kalo cantek tapi aku tak selesa tak guna jugak. Laki aku pon tak suka. Setakat ni ape yang aku pakai aku akan tanya husband aku dulu, kalo dia ok aku pakai. Apa yang dia beli aku pakai. Dia nak tengok aku pakai mengikut selera dia. Dia selalu kate,
        
"awak yang rase awak gemok, saya tengok biase je,"

"gemok pon isteri saya, saya tetap sayang sama macam dulu,"

Ayat jage ati kan. Takpe. Aku paham. Aku akan usaha untuk nampak slim dan cantek. Baru nampak sesuai dengan dia. Lagipon mama cakap, aku bahagia, sebab tu badan naek. Yela dulu berjauhan macam-macam masalah la. Rindu lagi. Mane tak susut badan. Aku stat naek berat masa awal tahun ni. Bulan januari. Aku benti menyusu Mat Yapiy terus badan naek mendadak. Makan macam biasa je tapi badan naek. Masa aku menyusu dia dulu makan banyak pon takde ape. T__T

p/s : taknak kurus sangat. nak slim. hehe.



0 komentar:

Nak saya terjah?