My second baby week progress.

pregnancy due date

Sunday, March 20, 2011

Bancuhlah susu formula anak anda dengan betul | Ada jugak jenis orang bancuh susu anak dengan air mineral


Hakikatnya, penyediaan susu formula jauh LEBIH payah berbanding penyediaan expressed breast milk (ebm) sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya iaitu : air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org guna air sejuk/suam suam kuku sahaja) dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disterilize bagai sebelum digunakan. Berbeza dengan ebm, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria bagai.  [Sumber]

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah perkara yang pernah jadi di depan mata aku. Beli susu anak dah bagus, yang branded yang mahal.  Tapi kan bancuh susu pon dengan air mineral. Dahtu pulak selagi tak habis susu anaknya, selagi tulah di suakan kat mulut si anak tu. Bancuh pagi tapi sampai ke tengahari, sampai ke petang yang itu je la selagi tak habis. Terpikir jugak aku, susu mahal ni tak basi la agaknya ye. Hehe. Takde kuman bakteria la gamaknya. Kesian kat budak tu. Mane nak reti pape. 

Secara peribadi nya, aku neh semalas mana pun aku aku takkan buat susu anak dengan air mineral/air sejuk. Susah payah mengandung dan melahirkan, kena jaga zuriat & amanah Allah ni dengan baek. Kalo anak meraung lapa susu sangat dan at the same time air panas takde, aku tetap panaskan cket air untuk bancuh susu. 

p/s : Esok lusa aku rasa macam nak cite hal diapers pulak. Benda dah penah aku tengok depan mata jugak neh. Nak share dengan para ibu dalam blog ni. :)

4 komentar:

aanie said... BALAS

bancuh dgn air mineral je?larut ke susu tu??macam-macam....

Haa Fakihah said... BALAS

@aanie : itu la kak. akak pelik, sy lagi la heran. tak penah terpkir nk wt susu ngan air sejuk. :)

Amni said... BALAS

tu la.. pelik jugak... mana larut dengan air mineral... haizzz.... bukan susah mana pun nak masak air..

Haa Fakihah said... BALAS

@Amni: bila dh mls, benda senang jadik susah kan. hee.

Nak saya terjah?