My second baby week progress.

pregnancy due date

Monday, May 31, 2010

Surprise!!

Surprise yang aku maksudkan tuh adalah surprise for my husband's birthday party. Bila, dimana, siapa dan bagaimana? Ini lah yang aku nak cerita. :)

Hari lahir suamiku yang ke 23 tahun adalah pada 5 Mei 2010. Aku telah merancang untuk surprise nei di penghujung bulan April lagi. Macam2 idea bermaen di kepala aku. Nak baling tepung la ape la. 1 Mei aku ikot suami aku g konvoi ke Tasek Kenyir. 

Emm.. nak sambut kat kenyir pon maseh terlalu awal. Tak syok la pulak kan. Then kebetolan pada 2 Mei, aku dapat tau yang pasukan Kelantan bakal bertemu Pahang di Stadium Sultan Muhammad ke IV dalam perlawanan Liga Super pada 4 Mei 2010 jam 8:45 malam. Ape lagi, terus terlintas di fikiran aku nak wat surprise malam tu nanti. 

Sehari sebelom besday dia, aku dah call kawan dia, Udi yang selalu tengok bola dengan dia. Udi setuju dan on je. Then aku cakap kat suami aku yang aku tak jadi nak ikot g tengok bola sebab ade kawan ajak kua g kbmall dan aku nak mintak dia tolong aku hantar pegi umah kawan aku tu. 

Tp petang tu, suami aku dah siap siap nak g tengok bola, aku ckp kat dia aku tak jadi pegi dan nak duduk umah je. Hehe padahalnye aku dah janji dengan kawan aku (sbnrnye awek abang aku, kak bazlina) nak kua lewat dengan dia. Kak Bazlina yang banyak tolong. Dia yang tolong belikan kek dan datang pick up aku dan mat yapiy kat umah. Yela aku ni tak penah kua umah kalo bukan dengan suamiku.

Kul 10 malam kak bazz sampai umah aku. Dia dah beli kek siap2 dah. Sembang2 ngan mama dan nenek aku jap, kul 10:30 kitorang gerak. Mat Yapiy yang tengah tido pon aku angkut sekali. Letak dia kat seat belakang. Kak bazz drive kete slow motion sambil ktwg sembang2 lagi. Drive slow sebab taknak terawal sampai pulak ke tempat yang dituju; Rimbun Cafe kat area Pasir Hor. 

Dalam kol 11 kami sampai. Kawan2 my husband (dalam 8 orang) pon semua dah sampai. Diorang cepat cepat kua dari stadium meninggalkan suami ku yg parking kereta agak jauh dari diorang. Husband aku pulak keseorangan je bawak kete. Ye r semua kawan2 dia taknak tumpang dia sebab ktwg ade misi kan. Heheh.

Tunggu punye tunggu, dalam 10 minit lepas tu suamiku sampai. Patotnye kalo dia tak rabun, dia dah boleh nampak aku dari jauh lagi. Hehe. Dia melangkah masuk dengan selambenye dan tiba-tiba, "aikk?? ehh ehhh!! aaa dah terkena la...." dia malu. Tersengeh2 bila kawan2 dia seme sorakkn dia. Hepi Besday !!! Suami aku terpaku sekejap smbil senyum2 malu gitu. Hehhee. Mat Yapiy pon sengeh3 kat papa dia.

Dia datang kat aku dan aku bisik kat dia, "hepi besday sayang.." dia usap kepale aku then " terima kasih sayang," mata dia bergenang. Aku tak sangka dia akan rasa sebegini terharu. Lepas makan2 dan sembang2, dalam kul 12 lebih semua nak gerak balik dah. Thanxs kepada korang2 yang tolong aku menjayakan surprise ni. Hehe. Amat menghargai bantuan korang. Malam tu baru suami aku dapat tau yang kawan2 dia semua dah tau tentang surprise ni dari awal lagi. Bes sangat dapat gelakkan awak sayang. I Love U. 

Sepanjang perjalanan balik, my husband genggam erat tanganku dan banyak kali dia ucap terima kasih kat aku. Dia ingatkan aku lansung takde ape2 untuk besday dia. Dia pon x terpikir akan ade kek seme. Hehe. Semua untuk awak sayang.
Layan gambar ;
yapiy yang baru bangun dari tido masih terpinga pinga. hehe.

muke aku dah macam singa lapar. hehe. yapiy comei suke tgk api lilin. 

Kenape lilin ade 2 je yang kecik?? Sebab Kak Bazz yang belikan kek ni ingatkan my husband baru nak masuk 22 tahun. Silap paham. Its ok. Hehe.

p/s : Semoga sayang panjang umur, dimurahkan rezeki dan sehat selalu. Moga jodoh kite berkekalan sehingga akhir hayat.

*erk itamnye aku! baru balik dr konvoi la kate kan. :( 

4 komentar:

oh etty~ said... BALAS

ahaks. hepy belated bufday bwat husband kacip :)
bahagie nye :)

Haa Fakihah said... BALAS

ehee. tenkiu cik etty. :))

oh etty~ said... BALAS

wc :)
chips. kc award kt chips.
tgk kt blog ety ek

Haa Fakihah said... BALAS

hehehe. award? chip layak ko blh award? hehe.

Nak saya terjah?