Mengejutkan. Aku dapat tau berita ni petang semalam. Hasben aku balik keje terus stori kat aku. Dia pon dapat tau dari ayah sedara kitorang yang ada kat tempat kejadian tu rasanya. Tak hairan la nape jalan depan umah aku busy sangat petang semalam sebab jalan utama jem teruk. Jalan kat kg aku pulak merupakan jalan alternatif kalo jem teruk kat jalan utama tu.
Kejadian ni berlaku kat simpang 3 Selising - Kok Lanas. Masyaallah dekat je dengan butik kakak ipar aku. Kat sini memang selalu terjadi eksiden yang melibatkan kematian. Dulu takde traffic light. Tapi sejak ade traffic light pon ni dah kali ke 3 eksiden rasanya. Traffic light baru berfungsi sebulan lebih kalo tak silap aku. (Maaf kalo aku salah ye! anggaran aku je)
Menurut sumber : pinkturtle2.wordpress.com
Bayangkan.. lori pasir tayar sepuluh yg penuh sarat dg muatan pasir menghempap 2 beranak yg sedang menunggang motosikal di simpang empat lampu isyarat.. dua beranak ini sedang menunggu lampu isyarat hijau untuk membelok ke arah kanan,tiba-tiba dilanggar lori yang beratnya beribu-ribu tan, dan lori terbalik ke atas mereka… bukan setakat motosikal,2 biji kereta juga turut hancur..dashatttt,Dashattt… keadaan yang dahsat dan amat2 mengerikan… nak gambarkan keadaan mayat dua beranak itu memang tidak tergambar oleh sesiapa sahaja yang melihatnya tadi, kalau perhati betul2 gambar di atas kita akan nampak mayat Allahyarham Siti Aisyah berada tepat di bawah rim lori …tayar sudah tercabut.. gambar ibunya saya tak sanggup untuk paparkan di blog ini…
Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR
23/12/2010 8:06pm
KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.
Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.
Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Utusan
Al-Fatihah.
Al-Fatihah.
*Las night aku g beli sate berdekatan tempat kejadian, sisa sisa dah dibersihkan. Menurut kate abang jual sate tu, lori terpaksa di angkat menggunakan kren sebab kalo di heret, di khuatiri mayat mangsa hancur. Masyaallah. Nauzubillahhiminzaliq.
p/s : kedai warna biru dalam 1st pic kat atas tu Shazie Bridal Boutique milik kakak ipar aku. tak bukak pulak ye semalam. ngehngeh.
p/s : kedai warna biru dalam 1st pic kat atas tu Shazie Bridal Boutique milik kakak ipar aku. tak bukak pulak ye semalam. ngehngeh.
11 komentar:
sedihnye..
Innalillah...
sedey incek liquid bace berita ni uhu
@efa fairuz : huuu tu la kannn.
@Liquid : innalillah. sedih kan. result dh cantek. umor tak panjang.
haa...sha pn ada tgk pic mayat si mati..kesian dia haa...gerun sy tgk
@natashacherahim : mmg gerun yumm. sian sgt dio. mmg slh drebar lori tu dh la.
sedihkan haa...kita dah tengok kat blog mana tah, close-up mayat kat bawah rim tu, memang leper terus..huhhuuu..
ya Allah..kesian nya.
@Aku Ibu Muda : aah kan, org kt ctu kate mmg hancur terus. yg ibunye lg teruk dgr kate.
@Aku Ibu Muda : aah kan, org kt ctu kate mmg hancur terus. yg ibunye lg teruk dgr kate.
@nik rosmawati : kesian sgt. tak tido mlm memikirkan kejadian tu.
Post a Comment