My second baby week progress.

pregnancy due date

Monday, January 24, 2011

My hero

Mama serabai! Sebab nak potong
kek kena ligan besday boy dulu!

Pejam celik pejam celik anak bujang ku Yapie dah nak masuk dua tahun. Rase macam baru je lagi aku dan papa dia sambut besday dia 4 Mac 2010 kat Tasik Cempaka Bangi. Masa tu kitowang sambut bertiga je.

Patutnya ada ajak kawan sekali tapi dia ada hal masa tu. Walaupon dia tak paham pape, tetap nak sambut! Hehe. Kek pon tak luak, esoknye kasik kat pengasuh Yapie yang kebetulan pulak besday husband dia sama ngan Yapie. Hehe.

Sekarang Yapie dah semakin petah. Paling menyentuh hati bile time nak tido, aku & papa dia selalu masuk bilik tutup lampu & letak Yapie paling tepi kat belah dinding. Mama dia wajib la kena tido tengah sebab nak pelok dua dua. Keskes. Dua dua lelaki di kiri & kanan tu aku yang punya!! Heh! Ehh sambung balik, yang paling menyentuh hati bila dia cakap ;

"Ok nak tido dah ni.. gudnite.. i leviu mama.. i leviu papa.. 
muah! bye tayam.. bissmiyahh (bismillah).."

Memang pada malam sebelum tu aku ade ajar dia semua tu, tapi tak sangka pulak malam dan malam seterusnya benda tu dah jadi habit dia. Hehe. Papa dia bantai gelak je. Suke sangat dengar anak cakap camtu. Pastu memang Yapie akan terus tido. Sambil dia cakap tu sambil tarik blanket tau. Kalo dah tutup lampu & duk lam bilik dia memang senang tido (walaupon selalu kul 2 pagi baru tido T__T )

Siang hari nye maen tak hengat dunia! Baru anak sorang wa cakap lu tapi umah dah macam tongkang pecah. Besepah ngan barang2 mainan dia. Macamana la agaknya Kak Nani mama si kembar 3 tu kan. Nah kau 3 hero tu!! Hehe. Rezeki Tuhan bagi sekali 3. Kecik kecik memang la susah jaga anak ni, dah besar nanti dah senang makbapak. :) 

Faris, Fauzi & Fahmi masa umur setahun, skg dah dua tahun.
Yang mana satu Faris, Fauzi & Fahmi tu taktau la. Nampak same je. Hehe. Rase nak sangat temu kan Yapie ngan 3 hero tu. Mesti meriah kalo 4 hero bergabung. Hehe. Nak jumpe gak ngan baby Adam anak Kak Aanie dan jugak blogger2 laen. Insyaallah. Okeh layan pic latest my baby Yapie. :)

Freestyle kan? Keskes.

Nak seluar trek mcm papa jugak!

Botol susu ttggl lam kete papa, kena isap susu
pkai botol dia ms baby!! hehe. 2 auns skali minum!
Tengok! Nak taip pendek pon panjang jugak jadiknye. Taram jelah. Hehe.

22 komentar:

mcjust.lol said... BALAS

i lebiu yapiy! i lebiu jugak bujaaa!

Haa Fakihah said... BALAS

@mcjust.lol : i leviu mujah!

Uchi kay-f @hmad said... BALAS

3 kembar ke cik haa?
wah.........

Haa Fakihah said... BALAS

@Uchi kay-f @hmad : uiks bukan! hehe. tu anak sis nani. :) sy sorang je!

Uchi kay-f @hmad said... BALAS

oh hi3..suri..

Liquid said... BALAS

uu jeles nye incek liquid bile la nk mndirikan masjid neh ehehehe

mcjust.lol said... BALAS

masa tu mg kurus lagi cik.

ardinihumaira said... BALAS

nak baby ugak.. nak kawen.. heeeeeeee larikssssss

Haa Fakihah said... BALAS

@Uchi kay-f @hmad : hehe kantoi tak bace entri. :DD

Haa Fakihah said... BALAS

@Liquid : incek liquid abeskan study dlu then keje carik wet dlu. hehe.

Haa Fakihah said... BALAS

@mcjust.lol : masa ni aku keje. dahtu br je benti nyusu yapi. naek selow2. beci T__T

Haa Fakihah said... BALAS

@ardinihumaira : grrr kejar dniiii!! meh nak bagi kawennn! haha.

:: noremy anak rahmat :: said... BALAS

follow & BW..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal! (^_^)

Ujang9897 said... BALAS

dkt dgn umah aku..asal tak ajak

Haa Fakihah said... BALAS

@Ujang9897 : oo kau dk bangi ke? aku dua tahun kot dk sne.

Haa Fakihah said... BALAS

@:: noremy anak rahmat :: : thnxsss ok2 soon. :D

Mama Kembar 3 said... BALAS

kalau yapie + my 3 heroes bergabung, mau fengsan mak mak nak ngejar hehehe

btw, yapie dah pandai cakap yer? best nya! my boys baru nak ckp ckit ckit jer...

Haa Fakihah said... BALAS

@Mama Kembar 3 : hehe aah! kejar yapie sorang pon capek dh! aah kak yapie dh pndai ckp sgt2. dah boleh suruh2 dah. alaa kembar akak mst cepat jalan dr cakap kan. yapi ni mulut dulu br jalan. hehe.

Redbloodsnow said... BALAS

alololo..comelll!

Haa Fakihah said... BALAS

@zie : thnxs zieee. :DD

Amni said... BALAS

kat umah ada 3 hero.. bukan kembar.. tapi sorang awal tahun, sorang hujung tahun.. next year plak ada sorang lagi hero.. skang dah 2, 3 tahun.. mak aaaiii... tak terkejar ngan dorang.. dah tu bila nampak je kite, habis laaa... semua pon terkam... semput jadinya... hahaha.. tapi suka! comellll..... sunyi umah kalau dorang tak de...

Haa Fakihah said... BALAS

@Amni : wow! yeke? alamak tak laratnye! sy ade sorang ni pon nak pengsan dah. hahah. kuat la akak kalo camtu. kuat fizikal dan mental. sy tak ready ag nak tambah. sb tak kuat. hehe.

Nak saya terjah?